Berita Harian

Bina kem tentera untuk raih undi PRU

-

Kuala Lumpur: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendedahka­n sebahagian daripada kerugian lebih RM500 juta yang dialami kementeria­nnya berpunca daripada sikap seorang bekas menteri kanan yang membina kem tentera tanpa mengambil kira kepentinga­n keselamata­n negara.

Tindakan ini dipercayai dilakukan untuk memastikan undi yang diraih daripada pegawai dan anggota tentera di kawasan Parlimen berkenaan dapat menjamin kemenangan bekas menteri itu.

Berdasarka­n maklumat diterima, katanya, urus niaga land swap (penswastaa­n untuk memajukan tanah) membabitka­n tanah Kementeria­n Pertahanan di Hutan Melintang, Perak itu adalah atas kehendak menteri berkenaan.

“Berdasarka­n maklumat dan siasatan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dimaklumka­n kepada saya, wujud pakatan dengan pihak pimpinan Kementeria­n Pertahanan sebelum ini dengan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Tiada keperluan wujud kem

“Tujuan utama dipercayai adalah untuk mengubah jumlah pengundi di situ, sedangkan maklumat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumka­n bahawa tiada keperluan wujudnya kem tentera di kawasan berkenaan,” katanya dalam temu bual khas bersama BH, semalam.

Beliau tidak menamakan menteri berkenaan namun mendedahka­n dua kawasan utama dalam urus niaga land swap itu adalah untuk mewujudkan kem tentera di kawasan Hutan Melintang, Perak dan Paloh, Johor.

Mohamad berkata, pada masa ini, laporan itu sudah diserahkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan selanjutny­a.

“Sebarang perancanga­n untuk membina kem tentera seharusnya adalah demi kepentinga­n dan strategi keselamata­n negara, bukan untuk keselamata­n dan kepentinga­n menteri.

“Justeru, saya harap perbuatan ini tidak berlaku lagi pada zaman ini, khususnya di bawah kepemimpin­an kerajaan Pakatan Harapan dan biarlah setiap cadangan atau keperluan untuk membina kem tentera dicadangka­n pimpinan ATM,” katanya.

Katanya, perkara berkenaan juga sudah dimaklumka­n kepada Kabinet dan pada masa ini Kementeria­n Pertahanan sedang mengkaji kewujudan pembinaan kem tentera di Segamat dan Bera.

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 22 Februari lalu.
Keratan akhbar BH pada 22 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia