Berita Harian

Program 1st Step galak pelajar jadi usahawan

-

Port Dickson: Usaha menarik minat pelajar menceburi bidang perniagaan sejak dari peringkat awal, mampu dilaksanak­an dengan adanya siri jelajah Program 1st Student Entreprene­urship (1st Step) Peringkat Negeri Sembilan di Kolej Vokasional Port Dickson.

Program yang memasuki tahun kedua itu anjuran Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapat kerjasama Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementeria­n Pendidikan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmat­an Korporat) SSM, Nor Azimah Abdul Aziz, berkata dengan slogan Perniagaan Satu Kerjaya, program itu bertujuan memupuk semangat keusahawan­an dalam kalangan pelajar.

Katanya, pengisian program itu termasuk seminar ilmu keusahawan­an, perkongsia­n pengalaman bersama usahawan berjaya, seminar memulakan perniagaan, taklimat agensi dan pameran.

“Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada pelajar menjalanka­n perniagaan dengan menyediaka­n 60 gerai di tapak yang disediakan.

Dedah selok-belok perniagaan

“Lebih menarik adalah pertanding­an business pitching yang bertujuan mendedahka­n pelajar ilmu keusahawan­an sebenar dan selokbelok perniagaan dengan mempromosi­kan produk mereka dengan cara tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan perasmian Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner di Kolej Vokasional Port Dickson, di sini, kelmarin.

Lebih 1,500 pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Klawang, Juasseh, Dato’ Undang Haji Muhammad Sharip, Port Dickson, Dato’ Lela Maharaja dan Ampangan hadir pada program sehari itu.

Bagi pertanding­an business pitching, Kolej Vokasional Undang Haji Muhammad Sharip yang menampilka­n produk sabun kecantikan muncul sebagai juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan layak ke pusingan akhir di Kolej Vokasional Sungai Buloh, Jun ini.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM800 dan RM500, dimenangi oleh Kolej Vokasional Ampangan dengan produk mesin membuang sisik ikan serta Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja dengan produk baja tanaman.

Nor Azimah berkata, melihatkan program 1st Step yang mendapat sambutan menggalakk­an, ia akan diteruskan lagi dalam usaha memastikan pelajar mendapat ilmu keusahawan­an.

“Selain ilmu di kolej, pelajar perlu mengambil peluang menyertai program ini supaya apabila tamat belajar nanti, mereka berminat untuk memilih kerjaya sebagai usahawan seterusnya berusaha menjadi usahawan berjaya,” katanya.

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK/BH] ?? Nor Azimah bersama pemenang pada Program 1st Step Peringkat Negeri Sembilan di Kolej Vokasional Port Dickson, kelmarin.
[FOTO ADZLAN SIDEK/BH] Nor Azimah bersama pemenang pada Program 1st Step Peringkat Negeri Sembilan di Kolej Vokasional Port Dickson, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia