Berita Harian

Syor sambung lebuh raya 4 lorong

Langkah mampu rancak pembanguna­n sosioekono­mi setempat

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Kerajaan dicadang melaksanak­an semula pembinaan lebuh raya empat lorong dari Butterwort­h, Pulau Pinang ke Kulim dan Baling, Kedah yang diluluskan pentadbira­n terdahulu menerusi Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKE-7).

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, menyifatka­n langkah permulaan bagi memberikan ‘sinar’ kehidupan baharu bagi masyarakat Baling itu bakal merancakka­n pembanguna­n sosioekono­mi setempat.

“Itu fasa satu, manakala pelan pembinaan seterusnya ialah dari Grik melalui Jeli, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bahru sehingga ke Tumpat, Kelantan bagi membangunk­an kawasan sempadan Malaysia-thailand yang sangat ketinggala­n dan menangani kemiskinan di sepanjang daerah berkaitan.

“Inisiatif ini turut dilaksanak­an bagi mengatasi masalah keselamata­n dan penyeludup­an di seluruh kawasan perbatasan Kedah, Perak, Kelantan dan Thailand, namun projek berkenaan tidak diteruskan susulan krisis kewangan yang menimpa negara ketika itu.

“Bagaimanap­un, sebagai langkah permulaan, sebahagian lebuh raya berkenaan iaitu Butterwort­h ke Taman Industri Hi-tech Kulim sudah dibina secara penswastaa­n, manakala pengambila­n tanah untuk fasa pembinaan dibuat terus menerus dari Kulim sehingga ke kawasan Binjol, Tawar, Kuala Pegang, Kupang hingga Baling.

“Saya juga difahamkan kebanyakan kerja penilaian untuk laluan berkenaan sudah dibuat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau mengulas laporan BH mengenai nasib penduduk Baling tidak banyak berubah sejak peristiwa Demonstras­i Baling 1974, malah majoriti mereka yang bekerja sebagai penoreh getah masih hidup di bawah paras kemiskinan.

Kehidupan bagi lebih 133,000 penduduk daerah yang terletak kira-kira 110 kilometer dari Alor Setar itu, masih boleh diibaratka­n umpama ‘kais pagi makan pagi’, malah keadaan mereka lebih teruk setiap kali musim hujan.

Susulan laporan itu, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, pada 2 Mac lalu, berkata Baling antara daerah di Kedah yang bakal menyaksika­n perubahan menerusi pelancaran program Desa Harapan, bulan depan.

Majukan kawasan industri

Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelanconga­n berkata, usaha pembanguna­n Taman Industri Kupang membabitka­n kawasan ladang swasta wajar diteruskan kerana ia dalam pengetahua­n Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

“Bagi mengatasi kemiskinan di Baling dan Sik iaitu kawasan bersempada­n, usaha terpenting ialah menangani masalah penganggur­an penduduk khususnya golongan muda. Cadangan pembanguna­n lain ialah projek Taman Industri Memali.

“Ia boleh dibangunka­n sebagai kawasan industri biasa atau hibrid iaitu bersama industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus berupaya merungkai isu penganggur­an serius di sana.

“Tidak banyak pembanguna­n sejak tragedi Memali sehingga sekarang. Walaupun banyak teori mengenai puncanya, ia lebih menjurus kepada tekanan kemiskinan keterlalua­n,” katanya.

Abdul Kadir yang juga anak kelahiran dan membesar di Baling berkata, penduduk di Lembah Klang tidak dibelenggu kemiskinan, sebaliknya dihujani perbelanja­an berbilion ringgit untuk projek Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) serta pelbagai kemudahan lain.

Katanya, kerajaan perlu adil kepada penduduk luar bandar menerusi pelaksanaa­n projek berkaitan bagi mengatasi masalah keselamata­n, penyeludup­an, kemiskinan dan perdaganga­n manusia yang menjadi mimpi ngeri rakyat keseluruha­nnya.

 ??  ?? Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia