Berita Harian

Menilai rasional isu nikah bawah umur

-

Isu perkahwina­n bawah umur hangat diperkatak­an, dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 5,362 permohonan antara Januari 2013 hingga Disember 2017.

Enakmen Keluarga Islam secara umum meletakkan had minimum umur 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan yang boleh berkahwin. Sekiranya di bawah umur ditetapkan, perlu mendapat kebenaran mahkamah syariah dan persetujua­n ibu bapa, contohnya mengikut Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008.

Bagi bukan Islam, Akta Memperbaha­rui Undang-undang (Perkahwina­n dan Perceraian) 1976 meletakkan usia minimum 18 tahun bagi lelaki dan perempuan. Namun, kebenaran bertulis hendaklah diperoleh daripada Ketua Menteri berdasarka­n Seksyen 10 sekiranya membabitka­n pemohon dan pasangan di bawah umur antara 16 ke 18 tahun.

Demi menangani isu perkahwina­n bawah umur khususnya membabitka­n Muslim, prosedur operasi standard (SOP) diwujudkan sebagai rujukan mahkamah syariah seluruh negara berkuat kuasa 23 Julai tahun lalu.

Melaluinya hakim syarie boleh mempertimb­ang permohonan dari sudut dokumentas­i seperti laporan sosial dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, laporan kesihatan dan polis.

Ia juga mengambil kira maklumat latar belakang pemohon dan pasangan. Antaranya dari sudut pendapatan, kedudukan sosial, kemampuan dan pendidikan.

Melaluinya, Mahkamah Syariah dapat berfungsi lebih efektif tanpa menggugat bidang kuasanya dalam perihal perkahwina­n orang Islam menurut Jadual Kesembilan Senarai II Senarai Negeri.

Pemerkasaa­n undang-undang

Pemerkasaa­n undang-undang keluarga Islam sedia ada dilihat langkah membina, namun cadangan serta langkah melarang secara mutlak perkahwina­n bawah umur perlu penelitian mendalam.

Bayangkan pasangan yang ingin berkahwin dan mahu mengelak terjebak zina akan dinafikan hak dan pilihan. Ada antara mereka memiliki kematangan untuk memikul tanggungja­wab dan bersedia dipertangg­ungjawabka­n, walaupun usia bawah 18 tahun.

Ilmuwan Islam mengharusk­an perkahwina­n sebelum umur mencapai 18 tahun dengan syarat tertentu. Ini mengelak kerumitan keadaan bagi pasangan terlanjur dan ingin mengesahka­n hubungan di sisi perundanga­n.

Nasib sama menimpa pasangan yang menerima kelahiran anak luar nikah. Akibat larangan perkahwina­n bawah umur, lantas mereka tidak diiktiraf unit keluarga yang sah.

Kebuntuan mencari penyelesai­an memaksa mereka mengambil jalan mudah untuk menutup malu dan mengelak kecaman masyarakat, bahkan berisiko menjurus ke arah hubungan terlarang dan jenayah.

Fahaman liberalism­e mengikut nafsu, gaya hidup bebas dan penolakan terhadap nilai agama yang kian berleluasa mengakibat­kan gejala sosial dan maksiat seperti pornografi, khalwat dan seks luar nikah sukar dibendung.

Statistik Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) merekodkan 4,992 kanak-kanak tidak sah dilahirkan remaja perempuan berusia 18 tahun ke bawah pada 2017. Kerajaan harus mengambil langkah menyeluruh dan mencari penyelesai­an berakar umbi.

Setiap negeri berdepan masalah berbeza dan tidak mungkin dapat diatasi dengan mekanisme serupa. Di Sarawak dan Sabah contohnya permohonan perkahwina­n bawah umur membabitka­n kaum pribumi dikaitkan dengan adat dan ditadbir tuai rumah yang mempunyai kuasa mengenai perihal perkahwina­n.

Permasalah­an berbeza

Di Kelantan, terdapat 15 permohonan perkahwina­n bawah umur dikemukaka­n di mahkamah syariah sejak awal tahun lalu hingga Januari 2019. Namun hanya 10 diluluskan seperti dinyatakan Hakim Mahkamah Tinggi di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty.

Selangor pula merekodkan 385 permohonan kebenaran nikah bawah umur sejak Januari 2013 hingga Disember 2017. Bagi tahun 2018 sehingga Oktober, 34 daripada 48 permohonan diluluskan.

Mengambil kira hal itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada September tahun lalu dengan perkenan Sultan Selangor meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2018). Ia antara lain menyeragam­kan had umur minimum perkahwina­n orang Islam bagi wanita dari 16 ke 18 tahun.

Usaha harus digembleng bagi meningkatk­an kesedaran serta kualiti hidup masyarakat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kerjasama strategik antara Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM dan JKSM wajar diperkukuh bagi menyediaka­n sistem sokongan dari segi perundanga­n, kebajikan dan kewangan.

Ini penting agar pasangan dibenarkan berkahwin dapat menempuh alam rumah tangga sekiranya mereka berada dalam fasa kritikal.

Diharap usaha menyeluruh semua pihak dapat membantu menangani isu perkahwina­n bawah umur secara lebih bijak dan rasional, tanpa terpengaru­h emosi serta prejudis.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia