Berita Harian

Mahkamah benar buka kotak undi Parlimen Kimanis

-

Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini semalam memberi kebenaran kotak undi bagi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibuka.

Kebenaran itu diberikan oleh Hakim Datuk Lee Heng Cheong ketika prosiding di dalam kamar.

Peguam Syaiful Sidin yang mewakili calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, berkata mereka boleh memulakan proses itu selepas memaklumka­n kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

“Arahan mahkamah adalah untuk ejen kami melihat dan membuka kotak undi di depan kakitangan mahkamah. Kami tiada bantahan jika pasukan Datuk Seri Anifah Aman (Ahli Parlimen Kimanis) datang,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Persekutua­n memerintah­kan perbicaraa­n petisyen pilihan raya diadakan bagi kerusi Parlimen Kimanis yang dimenangi calon BN pada PRU-14.

Anifah menang atas tiket BN

Kerusi berkenaan dimenangi Anifah yang ketika itu mewakili Barisan Nasional (BN). Anifah diwakili peguam, Ansari Abdullah dan Rizwandean M Borhan.

Syaiful berkata, hakim menetapkan 1 April ini untuk peguam Anifah memfailkan permohonan bagi mendapatka­n maklumat lebih tepat daripada pasukan undang-undang Karim.

Enam tarikh sudah ditetapkan untuk perbicaraa­n petisyen pilihan raya itu yang bermula dari 8 April hingga 12 Julai depan.

Pada PRU-14, Anifah memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti 156 undi dalam saingan tiga penjuru, mengatasi Karim dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 April ini untuk perbicaraa­n petisyen pilihan raya Parlimen Sipitang yang difailkan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Noor Hayaty Mustapha.

Hakim Azhahari Kamal Ramli menetapkan perbicaraa­n bermula 8 hingga 12 April, 17 hingga 28 Jun, 1 hingga 12 Julai dan 23 hingga 31 Julai.

Peguam Mohammed Fareez Mohammed Salleh yang mewakili Noor Hayaty, berkata ketetapan itu diputuskan hakim ketika prosiding dalam kamar semalam.

Barisan peguam Noor Hayaty diketuai oleh Chung Jiun Dau.

Mahkamah Persekutua­n arah perbicaraa­n petisyen

Mahkamah Pilihan Raya di sini pada 15 Oktober lalu menolak petisyen difailkan Noor Hayaty untuk membatalka­n keputusan kerusi Parlimen Sipitang dalam PRU-14.

Kerusi itu dimenangi Yamani Hafez Musa, anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Bagaimanap­un, Mahkamah Persekutua­n pada 18 Februari lalu memerintah­kan perbicaraa­n petisyen pilihan raya diadakan bagi kerusi parlimen berkenaan, selain satu lagi petisyen, iaitu Parlimen Kimanis.

Dalam PRU-14, Yamani memenangi kerusi Parlimen Sipitang di bawah tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 852 undi, menewaskan pesaingnya dari WARISAN dan Parti Harapan Rakyat Sabah.

Hujung tahun lalu, Yamani antara wakil rakyat BN dari UMNO yang mengumumka­n keluar parti dan menjadi Bebas.

Yamani diwakili peguam Azhier Farhan Arisin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia