Berita Harian

10,000 dijangka kunjungi MATTA Fair Johor

Tawar pelbagai pakej pelanconga­n menarik, sasar hasil jualan RM12J

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Seramai 10,000 pengunjung dijangka menghadiri Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n Dan Pengembara­an Malaysia (MATTA Fair) di Dewan Ekspo Capital City, Tampoi di sini, pada 5 hingga 7 April depan.

Pengerusi MATTA Johor, Kathryn Lee, berkata banyak pakej pelanconga­n yang sesuai untuk semua golongan disediakan oleh 52 penyedia perkhidmat­an, termasuk 29 agensi pelanconga­n melalui 150 gerai pameran yang dibuka sepanjang tempoh pameran.

“Berdasarka­n pengalaman pameran MATTA sebelum ini, ramai masih berminat mendapatka­n pakej percutian dan pelanconga­n pada harga promosi yang kita sediakan.

Cabutan bertuah setiap hari

“Kita menjangkak­an hasil jualan pakej percutian dan pelanconga­n kali ini mencecah RM12 juta,” katanya pada sidang media mengenai pameran yang berlangsun­g dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 malam itu di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi MATTA Johor, Kenny Ngi dan Setiausaha­nya, Charlie Chia.

Katanya, pihaknya juga menyediaka­n cabutan bertuah setiap hari dengan pelbagai hadiah menarik termasuk tiket penerbanga­n dari Johor Bahru ke Bangkok, Thailand dan Kochi, India, tajaan Malaysia Airlines Berhad.

Beliau berkata, pameran mengenakan bayaran masuk RM3 untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak (percuma) itu juga kali ini berbeza kerana ruang dibahagika­n kepada pakej pelanconga­n tempatan dan antarabang­sa.

“Dengan pembahagia­n ruang pameran, ia memudahkan pengunjung membuat pilihan,” katanya.

 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ?? Lee (tiga dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa MATTA Johor pada sidang media di Johor Bahru, semalam.
[FOTO ZAIN AHMED/BH] Lee (tiga dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa MATTA Johor pada sidang media di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia