Berita Harian

6 mangsa dirawat secara intubasi elektif

Paru-paru, pernafasan dikawal, pastikan bersih daripada toksik

-

Oleh Balqis Jazimah Zahari, Nurul Amanina Suhaini dan Izlaily Nurul Ain Hussein

Enam daripada 39 mangsa yang terhidu gas metana dibuang secara haram ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, kelmarin, diberi rawatan rapi secara intubasi elektif iaitu membersihk­an paru-paru mereka daripada gas toksik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam mangsa ketika ini ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru dan berada dalam keadaan stabil.

“Tiga daripada enam mangsa ini sudah diberi intubasi elektif supaya kita kawal paru-paru dan pernafasan mereka bagi memastikan mereka bersih daripada gas toksik yang boleh merosakkan paru-paru.

“Mereka dalam keadaan yang baik, manakala tiga lagi mangsa hanya diberi perhatian khusus saja dalam ICU, tetapi belum diberikan intubasi lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Persidanga­n Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019 di Institut Latihan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan ada saksi mendakwa ternampak lori tangki berhampira­n jambatan di tepi Sungai Kim Kim menyalurka­n sesuatu menggunaka­n hos ke dalam air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis dilaporkan, berkata kejadian didakwa dilakukan sekitar jam 2 pagi kelmarin.

Arah kosongkan sekolah

Melalui laporan itu, kawasan tercemar membabitka­n lingkungan jarak 500 meter dari sungai sepanjang 1.5 kilometer yang mengalir ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih.

Berikutan itu, 1,400 pelajar SMK Taman Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih diarahkan mengosongk­an kawasan sekolah itu pagi kelmarin apabila beberapa pelajar muntah dan pengsan selepas terhidu gas metana.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini 30 mangsa masih ditempatka­n dalam wad di hospital berkenaan, manakala tiga lagi dibenarkan pulang pagi semalam.

Bau seperti minyak tanah

Beliau berkata, semua mangsa stabil, namun tahap pernafasan masih perlu dipantau bagi melihat sebarang kesan keracunan gas.

Katanya, daripada 36 pesakit sedang dirawat itu, dua daripadany­a adalah kanak-kanak, lapan murid sekolah rendah, 13 pelajar sekolah menengah dan 13 orang dewasa.

Pasir Gudang,

Sementara itu, di pelajar SMK Pasir Putih, Nazihah Mohd Nazri, 16, berkata bau gas dihidu sangat kuat seperti bau minyak tanah, menyebabka­nnya berasa mual dan muntah sejak petang kelmarin dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) jam 10.30 malam kelmarin.

“Saya dan rakan sekelas terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau yang kuat itu. Kami kemudian diarah keluar kelas untuk berkumpul di pekarangan sekolah dan sebaik keluar, saya melihat beberapa rakan muntah dengan ada yang pengsan,” katanya di HSI, semalam.

Penduduk, Echa Paoh, 42, berkata dia terjaga daripada tidur kirakira jam 2 pagi kelmarin selepas terhidu bau gas dan menyangka pendingin hawa rumah atau dapurnya rosak.

“Saya kemudian terasa sakit tekak, namun tidak mengesyaki apaapa. Bagaimanap­un, saya terkejut selepas menerima panggilan dari sekolah kira-kira jam 11 pagi meminta datang mengambil anak kerana semua pelajar dibenarkan pulang, tetapi anak saya sudah dihantar ke HSI,” katanya.

Lupus tak ikut prosedur

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Datuk Dr Muhammad Ezani Mat Salleh pula berkata, pihaknya mengenal pasti bahan kimia dibuang dalam Sungai Kim Kim itu adalah minyak digunakan untuk mencuci kapal.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati minyak sudah digunakan itu dibuang secara haram dipercayai untuk menjimatka­n kos pelupusan.

“Sisa minyak digunakan untuk mencuci kapal ini sepatutnya dilupuskan mengikut prosedur sepatutnya, tetapi pihak tidak bertanggun­gjawab mengambil jalan mudah membuangny­a di sungai.

“Kita belum tahu identiti pihak bertanggun­gjawab, namun sudah mengenal pasti kira-kira 30 kilang menghasilk­an sisa bahan kimia berhampira­n sungai itu. Kita akan jalankan pemeriksaa­n dan siasatan lanjut menggunaka­n sampel bahan kimia yang diambil di sungai itu,” katanya di sini, semalam.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF /BH] ?? Dr Noor Hisham merasmikan program Persidanga­n Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019 di Institut Latihan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF /BH] Dr Noor Hisham merasmikan program Persidanga­n Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019 di Institut Latihan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia