Berita Harian

Penyewa nafi dakwaan tak layak diami premis

-

Georgetown: Seorang penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di sini, menafikan dakwaan dia tidak layak mendiami rumah berkenaan kerana status kedudukan kewanganny­a seperti yang tular di media sosial.

Suri rumah, Khalidah Nazri Ahmad, berkata dia mendiami rumah berkenaan selepas kerajaan negeri menawarkan unit terbabit kepadanya sebagai pampasan bagi kediamanny­a yang dirobohkan sebelum ini.

“Alhamdulil­lah, jika saya kaya, tetapi saya tidak pernah minta rumah PPR sepanjang hayat. Saya diberikan seunit di PPR Taman Manggis ini sebagai gantian kepada rumah saya di Hilir Sungai Pinang di sini, yang dirobohkan sebelum ini.

“Saya tahu kedudukan saya bagaimana, tetapi dalam hal ini hanya saya dan Balkees K M Mohamed Hussan, 64, yang diberikan seunit di PPR Taman Manggis sebagai gantian kepada rumah kami yang dirobohkan dulu.

Tiada tunggakan sewa

“Malah, saya tetap membayar sewa dan tiada tunggakan direkodkan sepanjang saya menetap di sini, sejak 2006. Bagaimanap­un, kerajaan negeri masih usir saya dengan alasan mempunyai sebuah lagi rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan enam keluarga membabitka­n hampir 40 isi rumah diusir dari unit kediaman masing-masing di PPR Taman Manggis di sini, dan berteduh di KOMTAR, sejak jam 12 tengah malam Rabu lalu.

Semua berteduh di pekarangan pejabat pentadbira­n kerajaan negeri selepas hilang tempat berlindung, selain ada yang menumpang di surau ekoran arahan pengusiran dikeluarka­n Kerajaan Pulau Pinang.

Kisah Khalidah, 63, yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa termasuk mampu membeli tiket penerbanga­n kelas perniagaan dan memiliki pelbagai barangan perhiasan mengundang pelbagai reaksi selepas ia tular di media sosial, sejak kelmarin.

Difahamkan, laman Facebook milik Khalidah juga dinyahakti­fkan ekoran kejadian berkenaan.

Sementara itu, Khalidah berkata, pihaknya tidak terkesan dengan penularan kisah peribadiny­a di laman sosial itu.

 ??  ?? Gambar Khalidah yang tular dalam media sosial.
Gambar Khalidah yang tular dalam media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia