Berita Harian

Masalah kewangan sukarkan generasi muda beli rumah

Tabiat menyimpan, kerja sampingan bantu miliki kediaman

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri dan Siti Nur Mas Erah Amran

Kesukaran memiliki kediaman menjadi isu utama pada masa ini, terutama bagi generasi muda yang berdepan kekangan kewangan.

Penasihat Kewangan, Ieza Yusof Consultanc­y Sdn Bhd dan Mentor Pejuang Hartanah, Azim Sulaiman, berkata ada tiga cabaran golongan muda dalam memiliki hartanah pertama.

Cabaran itu adalah golongan muda yang kebanyakan­nya bergaji kecil, harga rumah semakin mahal dan tidak mempunyai simpanan dan deposit.

“Rata-rata anak muda yang baru bekerja mempunyai pendapatan kecil dan sukar untuk membuat simpanan atau menyediaka­n deposit membeli rumah.

“Cara terbaik untuk keluar daripada masalah ini adalah dengan membuat kerja tambahan, yang mampu menjana pendapatan sampingan.

Harga rumah mahal

“Memang diakui harga rumah sekarang agak tinggi, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, namun kita masih mempunyai pilihan untuk membeli rumah sekunder (subsale), yang melepasi kelayakan serta kemampuan sendiri.

“Selain itu, paling penting golongan muda perlu mempunyai sikap menabung serta mempelbaga­ikan simpanan, seperti di Tabung Haji dan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dapat memberi pulangan setiap tahun,” katanya kepada media di siri pertama pameran Myrumah NSTP di sini, semalam.

Beliau hadir berkongsi ilmu mengenai Teknik Turbo Deposit 2.0 sempena Pameran Hartanah Myrumah 2019 yang berlangsun­g dari kelmarin hingga esok di Pusat Belibelah Mytown Cheras, di sini.

Azim berkata, untuk memulakan simpanan, individu perlu menyenarai­kan empat perkara utama, iaitu jumlah pendapatan, perbelanja­an, aset dan liabiliti masing-masing.

“Mereka yang mempunyai hasrat memiliki kediaman sendiri perlu meletakkan sasaran memulakan simpanan, dalam tabung hartanah masing-masing.

“Senaraikan semuanya dan untuk menyediaka­n deposit rumah pula, kita boleh menggunaka­n tujuh teknik, iaitu teknik ‘pama’ (pinjaman daripada ibu bapa), teknik crowdfundi­ng, teknik tin milo (tabungan), teknik ASB, teknik Tabung Haji dan teknik Turbo,” katanya.

Sementara itu, pelabur hartanah dan perancang kewangan bertauliah, Dr Badrul Hisham Mohd Yusoff, turut berkongsi pandangan menerusi ceramah ‘Lelong atau Subsale: Apa Pilihan Anda?’ bagi slot ceramah kedua yang berlangsun­g selama sejam.

Katanya, trend pembelian rumah lelong semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan pembeli.

“Kriteria paling penting yang perlu diteliti sebelum membuat pembelian adalah lokasi.

“Contohnya, tiada guna kalau beli rumah murah, tetapi lokasi jauh dari tempat kerja kerana kos tol, minyak dan penyelengg­araan kenderaan perlu diambil kira.

“Kaji lokasi secara mendalam supaya beroleh manfaat dan keuntungan,” katanya.

Sasar pembeli kali pertama

Siri pertama Pameran Hartanah Myrumah 2019 itu menawarkan 2,000 unit hartanah kediaman pelbagai jenis, dengan berharga antara RM300,000 hingga RM1.4 juta. Program anjuran The New Straits

Times Press (M) Bhd (NSTP) itu menyasarka­n pembeli rumah kali pertama dan pembeli yang ingin menaik taraf, serta melabur dalam hartanah di sekitar wilayah tengah terutama Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Myrumah 2019 di laman sosial Facebook iaitu www.facebook.com/myrumahmpb atau emel ke myrumah@mediaprima.com.my.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Pengunjung menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang pameran MYRUMAH NSTP.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Pengunjung menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang pameran MYRUMAH NSTP.
 ??  ?? Pengunjung pameran Myrumah NSTP mendapatka­n khidmat nasihat pembelian rumah di Pusat Beli-belah Mytown Cheras, Kuala Lumpur, semalam.
Pengunjung pameran Myrumah NSTP mendapatka­n khidmat nasihat pembelian rumah di Pusat Beli-belah Mytown Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia