Berita Harian

Kematian model disebabkan nahas

Warga Belanda didapati jatuh dari tempat tinggi, tiada unsur jenayah

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Kematian model, Ivana Esther Robert Smit, yang terjatuh dari unit Kondominiu­m Capsquare Residences, dua tahun lalu terjawab selepas Mahkamah Koroner di sini semalam mengklasif­ikasikan kes itu kematian disebabkan nahas.

Koroner Mahyon Talib ketika membaca keputusan itu, berkata tidak wujud sebarang perbuatan jenayah, malah tiada individu terbabit dalam kes kematian warganegar­a Belanda itu.

Mahyon berkata, wanita berkenaan mati antara jam 6.50 pagi dan jam 2 petang pada 7 Disember 2017 dan kecederaan­nya sama seperti jatuh dari satu ketinggian.

Beliau bersetuju dengan saksi, Dr Frank Van De Goot yang percaya kematian berlaku sebelum mayat ditemui di balkoni unit tingkat enam dan kekejangan mayat bermula antara jam 10 pagi hingga 11 pagi, selaras hakikat mangsa masih hidup pada jam 6.50 pagi.

Wujud pergelutan, perkelahia­n

“Tanda cengkaman lengan, trauma belakang kepala, botol pecah dan DNA Alex Johnson di bawah kuku Ivana Esther, mahkamah mencadangk­an terdapat beberapa pergelutan atau perkelahia­n di antara Alex Johnson, Ivana Esther dan Luna Almaz.

“Mahkamah tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku antara mereka. Justeru, mahkamah memutuskan kematian Ivana Esther sebagai misadventu­res,” katanya.

Misadventu­res ialah kematian disebabkan kemalangan melalui perlakuan yang tidak melanggar undang-undang, tanpa niat menyebabka­n sebarang kecelakaan.

Beliau berkata, keputusan mahkamah berdasarka­n penemuan fakta dan Peruntukan 337 Akta 593 Kanun Tatacara Jenayah.

“Keputusan mahkamah seperti berikut. Model itu meninggal antara 6.50 pagi dan sebelum 2 petang bertarikh 7 Disember 2017.

“Mayat mangsa dijumpai di tengah longgokan serpihan runtuhan balkoni tingkat enam. Kematianny­a akibat jatuh dari tempat tinggi dan tiada sesiapa yang terbabit secara jenayah menyebabka­n kematianny­a,” katanya.

Yang turut hadir di mahkamah, Duta Belanda ke Malaysia, Karin Mossenlech­ner dan Pegawai Perhubunga­n Polis Belanda bagi Malaysia dan Serantau, Gerard van Heerwaarde.

Inkues yang bermula 8 Ogos tahun lalu dikendalik­an Pegawai Pengendali Kes, N Joy Jothi dan memanggil 22 saksi, manakala keluarga si mati diwakili peguam, Sankara Nair.

Media sebelum ini melaporkan, pada 7 Disember tahun lalu, Ivana Esther ditemui mati dalam keadaan bogel di balkoni tingkat enam, selepas terjatuh dari tingkat 20.

 ??  ?? Ivana Esther Robert Smit
Ivana Esther Robert Smit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia