Berita Harian

3 lelaki hadapi tuduhan

2 mengaku tak bersalah 10 pertuduhan, kes didengar Isnin ini

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Tiga lelaki termasuk seorang saudara baharu yang menyalahgu­nakan laman sosial untuk menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, masing-masing mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hasbullah Adam, namun saudara baharu, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah.

Mahkamah menetapkan Isnin ini bagi pendengara­n fakta kes serta penjatuhan hukuman terhadap Mohamad Yazid serta 5 April bagi sebutan semula kes membabitka­n Mun Fan dan Danny.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Yazid didakwa menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitka­n hati orang lain melalui aplikasi Facebook dengan profil nama ‘Yazid Kong’, pada jam 8.21 malam, 24 Februari lalu.

Hantaran itu kemudian dibaca oleh seorang pengguna Facebook lain di bawah laman profil ‘Mohamad Syafiq’ di Masjid Salahuddin Al-ayubi, Jalan Taman Melati, Wangsa Maju, di sini, pada jam 12 tengah hari, 1 Mac.

Tujuh pertuduhan

Mun Fan pula didakwa atas menggunaka­n aplikasi Twitter dengan akaun profil ‘Alvin@alvin15358­333’, membuat kenyataan yang mungkin mengapikan kaum Melayu dengan bukan Melayu.

Dia turut didakwa atas tujuh lagi pertuduhan memuat naik hantaran yang mungkin menyebabka­n suasana tidak harmoni di antara penganut Islam dan bukan Islam pada jam 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac.

Semua hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada jam 8.30 malam, 3 Mac lalu.

Danny pula didakwa atas dua pertuduhan menggunaka­n laman profil ‘Danny A’antonio Jr’, memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad SAW, Islam dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mungkin menyebabka­n suasana tidak harmoni di antara penganut Islam dan bukan Islam pada jam 1.21 pagi, 9 Januari.

Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada 10 pagi, 4 Mac.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, selain mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan serta Seksyen 505(c) kanun yang sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak pendakwaan diwakili Pengarah Jabatan Pendakwaan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Mohd Sophian Zakaria dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal. Mohamad Yazid dan Chow diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh, manakala Danny tidak diwakili peguam.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? (Dari kiri) Mohamad Yazid, Mun Fai dan Danny dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] (Dari kiri) Mohamad Yazid, Mun Fai dan Danny dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia