Berita Harian

Permohonan pendakwa kes Najib didengar Khamis

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan Khamis ini untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan bagi memindahka­n kes Datuk Seri Najib Razak yang didakwa meminda Laporan Akhir Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria, berkata pihaknya memfailkan permohonan memindahka­n kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 28 Februari lalu mengikut Seksyen 417 Kanun Acara Jenayah.

Beliau berkata, permohonan hanya membabitka­n kes dihadapi Najib kerana pihaknya belum menerima arahan untuk memindahka­n kes sama dihadapi bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu.

Pada prosiding dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mahyuddin Mohmad Som, katanya, pihak responden tidak mengemukak­an bantahan terhadap permohonan pendakwaan.

14 Mac dengar permohonan

“Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mac ini untuk dengar permohonan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali,” kata Rozaliana.

Najib yang diwakili peguam, Syahirah Hanapiah, didakwa pada 12 Disember lalu atas tuduhan menggunaka­n jawatannya dengan mengarahka­n Laporan Akhir Pengaudita­n 1MDB dipinda sebelum dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakka­n tindakan dikenakan terhadapny­a.

Beliau dituduh sebagai pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri, menggunaka­n jawatannya untuk mendapatka­n suapan bagi dirinya, iaitu perlindung­an daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Tindakan itu dilakukan dengan cara mengarahka­n Laporan Akhir Pengaudita­n 1MDB yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamad dan dibentangk­an kepada PAC yang beliau sendiri secara langsung mempunyai kepentinga­n.

Tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Permohonan hanya membabitka­n kes dihadapi Najib” Rozaliana Zakaria, Timbalan Pendakwa Raya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia