Berita Harian

SPRM diminta siasat kes babitkan Samy Vellu

40.4 hektar tanah di Sungai Siput dibeli dengan harga murah

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

Satu laporan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat terhadap bekas Menteri Kerja Raya, Tun S Samy Vellu, berhubung isu penyelewen­gan transaksi penjualan 40.4 hektar tanah di Sungai Siput, Perak.

Laporan itu dibuat oleh bekas Ketua Bahagian MIC Sungai Siput, M Lokanathan, di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Lokanathan mendakwa Samy Vellu membeli 101 ekar (40.4 hektar) tanah daripada sebuah koperasi, kononnya untuk rancangan membina kediaman bagi ahli koperasi terbabit.

Beliau mendakwa, tanah itu dibeli pada harga jauh lebih murah daripada nilai pasaran iaitu RM11,000 seekar (0.4 hektar) berbanding harga sebenar RM68,000.

Katanya, Samy Vellu membeli tanah itu daripada sebuah koperasi perladanga­n pada 2005, kononnya hendak membina rumah untuk pemegang saham koperasi itu.

Tidak boleh dijual

“Seekar tanah itu berharga RM68,000 pada 2005, tetapi bekas Ahli Parlimen Sungai Siput (Samy Vellu) membeli dengan harga jauh lebih murah iaitu RM11,000 seekar.

“Tanah itu sebenarnya tidak boleh dijual kepada pihak ketiga selain ahli pemegang saham koperasi itu dan sehingga kini, tiada sebarang pembanguna­n rumah di atas tanah itu.

“Justeru, saya menggesa tanah itu dikembalik­an semula kepada ahli koperasi yang berhak ke atasnya dan menggesa SPRM membuat siasatan rapi lagi telus ke atas Samy Vellu memandangk­an sebelum ini dua laporan sudah dibuat kepada SPRM masing-masing pada 2016 dan 2017,” katanya.

Tambah beliau, sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap bekas Presiden MIC itu, termasuk menyiasat berhubung laporan dikemukaka­n sebelum ini.

Tanah itu sebenarnya tidak boleh dijual kepada pihak ketiga selain ahli pemegang saham koperasi itu”

M Lokanathan, Bekas Ketua Bahagian MIC Sungai Siput

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? Lokanathan (tiga dari kiri) menunjukka­n dokumen didakwa kes penyelewen­gan Samy Vellu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] Lokanathan (tiga dari kiri) menunjukka­n dokumen didakwa kes penyelewen­gan Samy Vellu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia