Berita Harian

Lebih 455,000 akaun rakyat Malaysia di luar negara dikesan

LHDN tawar penyelesai­an cukai menerusi PKPS hasil dijana tetapi belum dilapor

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan lebih 455,000 akaun bank dibuka rakyat Malaysia di 57 negara luar.

Perkembang­an itu diperoleh LDHN mulai September lalu menerusi Pertukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi (OECD) berhubung maklumat kewangan, khususnya pemilikan akaun bank.

Malaysia telah menandatan­gani perjanjian dengan lebih 100 negara di bawah inisiatif berkenaan.

Tawar penyelesai­an cukai

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah, berkata LHDN menawarkan penyelesai­an cukai kepada pemilik akaun terbabit menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) hasil pendapatan yang dijana dalam Malaysia, tetapi belum dilaporkan kepada agensi berkenaan.

Katanya, LHDN akan menerima pengakuan sukarela melalui program itu bagi pelaporan Tahun Taksiran 2017 serta tahun-tahun taksiran sebelumnya dan tindakan audit atau siasatan tidak akan dijalankan pada masa hadapan bagi tempoh pengakuan sukarela terbabit.

“Surat dan e-mel makluman kepada pembayar cukai yang ada akaun bank di luar negara juga dalam proses untuk dikeluarka­n. Kerajaan minta pembayar cukai dengan akaun bank di luar negara yang menerima surat makluman dari LHDN agara tampil segera di mana-mana cawangan LHDN untuk beri penjelasan dan sertai PKPS sekiranya perlu.

“Pada masa sama, kerajaan mengalu-alukan pengakuan sukarela ( jika ada) daripada pembayar cukai yang tidak mempunyai akaun di luar negara, tetapi masih mempunyai pendapatan yang dijana di Malaysia. Mereka dalam kategori ini masih layak menikmati penguranga­n penalti kepada 10 atau 15 peratus sekiranya menyertai PKPS,” katanya.

Sabin yang memaklumka­n lebih 225,000 pembayar cukai sudah menyertai PKPS dalam fasa pertama yang akan tamat pada 31 Mac ini, turut menasihatk­an pembayar cukai segera merebut peluang ditawarkan dan tidak menunggu sehingga ke saat terakhir program.

Tawar penguranga­n penalti

PKPS bermula 3 November 2018 dan akan tamat pada 30 Jun ini, menawarkan penguranga­n kadar penalti daripada 300 peratus kepada 10 peratus sekiranya pengakuan dibuat dalam fasa pertama iaitu dari 3 November 2018 sehingga 31 Mac ini.

Seterusnya penguranga­n kadar penalti kepada 15 peratus sekiranya pengakuan dibuat dalam fasa kedua yang bermula 1 April ini sehingga 30 Jun depan.

Untuk maklumat lanjut, pembayar cukai boleh berkunjung ke pejabat LHDN berhampira­n, hubungi Hasil Care Line LHDN di talian 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 bagi mereka yang berada di luar negara atau e-mel menerusi alamat pengakuans­ukarela@hasil.gov.my.

LHDN akan menerima pengakuan sukarela melalui program itu bagi pelaporan Tahun Taksiran 2017 serta tahun-tahun taksiran sebelumnya dan tindakan audit atau siasatan tidak akan dijalankan pada masa hadapan bagi tempoh pengakuan sukarela terbabit” Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia