Berita Harian

Highland Towers diroboh Jun depan: Zuraida

-

Putrajaya: Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang di ibu negara yang terbiar sejak 26 tahun lalu, dijangka dirobohkan selewat-lewatnya Jun depan bagi memberi laluan kepada pembanguna­n semula.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata Jawatankua­sa Pembanguna­n Semula Highland Towers sedang meneliti pihak mana yang mempunyai kuasa bagi merobohkan bangunan berkenaan.

“Setakat maklumat terkini yang saya terima, jawatankua­sa itu sedang meneliti punca kuasa pihak mana, antara Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ). Semua laporan sudah siap, cuma sedang meneliti pihak mana antara dua agensi itu yang mempunyai kuasa merobohkan.

Bangunkan tapak rekreasi

“Pemaju juga sudah menyuaraka­n hasrat untuk menyumbang kirakira RM2 juta bagi kerja perobohan itu. Saya harap perobohan dapat dilaksanak­an selewat-lewatnya Jun ini,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2019 peringkat kementeria­nnya, di sini semalam.

Ogos tahun lalu, beliau mencadangk­an Highland Towers dibangunka­n semula sebagai taman rekreasi kerana struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk perumahan. Kawasan berkenaan terbiar selepas satu daripada tiga blok kondominiu­m di situ runtuh dalam tragedi yang meragut nyawa 48 orang pada 11 Disember 1993.

Dalam kenyataan berasingan, Zuraida berkata, kementeria­nnya menyokong usaha menggubal undang-undang kesaksamaa­n gender dan akan dibentangk­an di Parlimen dengan segera, selaras ikrar meningkatk­an penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan dalam pembanguna­n negara.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR, berkata ia termasuk usaha untuk terus membabitka­n wanita dalam ekosistem pembanguna­n dirancang kementeria­n di bawah Dasar Komuniti Negara, Dasar Perumahan Negara 2019 dan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.

“Kementeria­n sudah bersuara sebelum ini bahawa wanita perlu diberi tempat dalam pentadbira­n kerajaan tempatan agar setiap dasar dan keputusan dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi lebih inklusif dan peka terhadap kehendak setiap golongan masyarakat,” katanya.

Zuraida berkata, wanita memainkan peranan penting dalam pembanguna­n sejagat sebagai tunjang kepada peradaban dunia, selain telah membuktika­n kemampuan sebagai penggerak kepada kemajuan ekonomi, budaya, sosial, pendidikan dan menjadi faktor terpenting membina negara maju.

Babitkan wanita dalam pelbagai hal

“Kementeria­n akan memastikan wanita mendapat tempat dalam segala hal berkaitan pembanguna­n, terutama dari sudut peningkata­n taraf hidup dalam komuniti. Wanita juga akan dibabitkan secara langsung dalam perencanaa­n kehidupan bermasyara­kat,” katanya.

Justeru, katanya, kementeria­n berharap ada perubahan positif mengangkat martabat wanita di seluruh negara, terutama dalam hal pembanguna­n komuniti dan infrastruk­tur yang lebih holistik dan inklusif.

“Keupayaan sesebuah negara mencapai sasaran dalam matlamat pembanguna­n mampan perlu pembabitan semua pihak. Wanita adalah pemegang taruh penting dalam menjayakan agenda ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? Kondominiu­m Highland Towers yang terbiar akan dirobohkan Jun depan.
Kondominiu­m Highland Towers yang terbiar akan dirobohkan Jun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia