Berita Harian

Tertarik promosi dalam media sosial

-

Kuala Lumpur: Tawaran beli kereta tanpa deposit, tiada bayaran bulanan serta servis penyelengg­araan percuma, mendorong pembeli terpengaru­h menyertai skim ditawarkan sebuah syarikat yang meraih keuntungan daripada pinjaman dibuat mangsa sejak dua tahun lalu.

Seorang pembeli yang enggan identitiny­a disiarkan, tertarik untuk menyertai skim ditawarkan syarikat terbabit selepas melihat promosi menerusi media sosial pada Jun lalu.

Katanya, tertarik dengan tawaran itu, beliau menghubung­i nombor telefon yang tertera sebelum seorang wakil syarikat itu datang bertemunya, berbincang mengenai kereta yang mahu dibeli serta syarat-syarat yang dikenakan.

“Dalam perbincang­an itu, saya dimaklumka­n yang syarikat terbabit menerima dana dari luar negara untuk mengiklank­an model perniagaan secara bergerak menyebabka­n ia wajib ditampal pada kenderaan semua pembeli yang menyertai skim ditawarkan mereka.

“Saya kemudian dimaklumka­n hanya perlu membayar tambahan RM4,000 untuk mendapatka­n kereta serta kemudahan yang dijanjikan syarikat terbabit,” katanya ketika ditemui di sini.

Mangsa mendakwa, beliau hanya sedar yang bayaran ansuran bulanan kereta dibelinya lebih tinggi selepas pinjaman diluluskan dan menerima kenderaan.

“Walaupun kadar terbabit tinggi, ketika itu saya masih menaruh keyakinan kepada janji syarikat itu untuk menanggung ansuran bulanan apabila semua syarat dipenuhi.

Usaha penuhi syarat

“Dalam usaha itu, saya berusaha memenuhi syarat termasuk membawa empat lagi pembeli baharu serta menghadiri semua program yang diaturkan kepada semua pembeli yang menampalka­n pelekat nama syarikat pada pintu kereta masing-masing,” katanya.

Katanya, pada November lalu, beliau dikejutkan dengan panggilan telefon daripada bank memaklumka­n kereta yang dibelinya itu mempunyai tunggakan bayaran ansuran sebanyak empat bulan.

Beliau berkata, petugas syarikat terbabit mula berdolak-dalih apabila dihubungi untuk mendapatka­n penjelasan berhubung kegagalan mereka membayar ansuran bulanan seperti dijanjikan.

“Selain pertanyaan tidak dilayan, saya juga dikeluarka­n daripada senarai ahli dalam kumpulan aplikasi sembang, Whatsapp, yang dikendalik­an oleh syarikat terbabit.

“Selain saya, beberapa rakan pembeli yang mempertika­ikan kaedah pembayaran ansuran itu turut diambil tindakan sama oleh pengendali kumpulan itu selepas menasihati pembeli lain supaya mematikan setem pada surat perjanjian dengan syarikat untuk memudahkan usaha mereka mengambil tindakan undang-undang pada masa depan,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Wartawan menemu bual pembeli yang menjadi mangsa skim beli kereta.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Wartawan menemu bual pembeli yang menjadi mangsa skim beli kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia