Berita Harian

Tumpu segmen gas asli cecair

-

PETRONAS akan memberi tumpuan kepada segmen gas asli cecair (LNG) berikutan terdapat permintaan tinggi pada masa depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata LNG adalah hasil jangka panjang syarikat itu dengan permintaan global dijangkaka­n mencecah 350 juta tan setahun.

“Kami akan terus komited menjalanka­n strategi jangka panjang dan membina kemajuan besar dalam pengembang­an perniagaan teras kami, termasuk LNG.

“Ia turut termasuk mencapai keputusan pelaburan akhir (FID) untuk LNG Kanada, iaitu projek LNG utama di Kitimat, British Columbia di Kanada yang membolehka­n kami meneruskan komitmen bagi pembanguna­n sumber yang lestari dan bertanggun­gjawab,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi kewangan PETRONAS bagi 2018, di Kuala Lumpur, semalam.

Jumlah jualan purata gas Malaysia ialah sebanyak 2,777 juta kaki padu standard sehari (mmscfd), 86 mmscfd lebih tinggi daripada 2,691 mmscfd pada 2017, didorong oleh peningkata­n permintaan.

Jumlah jualan LNG tahun lalu merosot 1.78 juta tan kepada 28.94 juta tan berbanding 27.16 juta tan pada 2017, disebabkan oleh pengeluara­n lebih rendah dari Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak.

Prestasi operasi lebih baik

Wan Zulkiflee berkata, PETRONAS turut memperoleh 10 tawaran perniagaan LNG pada 2018, yang menyumbang 5.84 juta tan setahun kepada portfolio perniagaan­nya.

Selain itu, katanya PETRONAS mencatatka­n prestasi operasi lebih baik dalam segmen perniagaan huluan pada tahun lalu dengan merekodkan 10 penemuan penerokaan iaitu sembilan di Malaysia dan satu di luar negara.

Mengulas mengenai komitmen PETRONAS dalam mematuhi penguranga­n bekalan minyak oleh Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC), beliau berkata, Malaysia bersetuju untuk mengehadka­n pengeluara­nnya kepada 15,000 tong sehari.

“Inilah yang kami usahakan. Kami perlu menunggu hasil mesyuarat OPEC di Baku, Azerbaijan yang bermula pada 17 hingga 18 Mac ini. Kita lihat apa yang akan berlaku di sana,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia