Berita Harian

Terbitan bon Samurai RM7.3 bilion bermula

Jaminan JBIC pada kadar kupon 0.53 peratus setahun

- Oleh Shahrizan Salian

gus membuktika­n keyakinan mereka terhadap keupayaan kewangan kerajaan.

Pelabur terbabit merangkumi bank khusus (37.9 peratus); bank bandar (35 peratus); syarikat insurans nyawa (13.9 peratus); bank wilayah (6.5 peratus); bank shinkin (3.8 peratus) dan lain-lain (2.9 peratus).

Kos keseluruha­n penerbitan bon Samurai pertama sejak kali terakhir diterbitka­n pada 1989, termasuk fi jaminan 0.10 peratus, ialah 0.63 peratus setahun.

Penerbitan bon ini adalah yang pertama sejak bon Samurai terakhir pada 1989.

Saiz terbitan 200 bilion yen

Dengan saiz terbitan berjumlah 200 bilion yen, ini adalah terbitan bon kerajaan jaminan JBIC yang terbesar dalam pasaran Jepun.

Sebagai sebuah aturan kerajaanke-kerajaan, penerbitan bon ini dijamin oleh JBIC melalui program (GATE). Ini adalah jaminan JBIC yang pertama diambil Malaysia dan ia sebahagian daripada usaha Perdana Menteri kedua-dua negara, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Shinzo Abe, bagi mengeratka­n lagi hubungan ekonomi dan budaya antara Malaysia dan Jepun.

Kementeria­n Kewangan berkata, hasil kutipan daripada terbitan ini akan digunakan untuk membiayai perbelanja­an pembanguna­n yang antara lain meliputi pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan infrastruk­tur utiliti.

“Peluang yang ditawarkan oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia untuk memasuki pasaran bon Samurai meningkatk­an lagi kedudukan Malaysia, sebagai salah satu destinasi pelaburan terkemuka di rantau ini, di samping mempelbaga­ikan asas pembiayaan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Proses penerbitan bon Samurai dimulakan dengan siri jelajah dua hari di Tokyo pada 7 dan 8 Februari lalu, yang diketuai oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ini diikuti dengan sesi pemasaran rasmi pada 4 Mac berakhir kelmarin.

Sewaktu proses pemasaran dijalankan, pelabur menunjukka­n minat yang mendalam terhadap penerbitan ini dan ia mencermink­an tahap keyakinan mereka terhadap ekonomi, tadbir urus dan pembaharua­n struktur Malaysia.

Mizuho Bank, HSBC Malaysia dan Daiwa Securities dengan kerjasama Affin Hwang Investment Bank, adalah pengatur utama bersama dan penaja jamin bagi terbitan berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 13 Februari lalu.
Keratan akhbar BH pada 13 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia