Berita Harian

Pengumuman AETS beri impak positif harga getah

-

pelaksanaa­n Skim Jumlah Eksport Yang Dipersetuj­ui (AETS) ke-6 mula menampakka­n kesan positif, dengan paras harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR20) FOB meningkat sebanyak 12.7 peratus kepada RM5.87 sekilogram kelmarin, daripada RM5.21 sekilogram pada 31 Disember 2018.

“Ini walaupun pada hakikatnya Malaysia akan hanya melaksanak­an AETS bermula 1 April hingga 31 Julai 2019, dengan jumlah eksport dihadkan kepada 357,535 tan, iaitu penguranga­n sebanyak 15,600 tan,” kata Kementeria­n Industri Utama (MPI) dalam satu kenyataan, semalam.

Pelaksanaa­n dipersetuj­ui pada ITRC

Pelaksanaa­n AETS dipersetuj­ui semasa Mesyuarat Khas Peringkat Pegawai Kanan Majlis Getah Tiga Pihak Antarabang­sa (ITRC), yang diadakan pada 4 hingga 5 Mac lalu di Bangkok, yang dihadiri pegawai kanan dari Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Mesyuarat ini adalah susulan daripada keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga Menteri ITRC, sewaktu Mesyuarat Khas Peringkat Menteri ITRC pada 22 Februari, juga diadakan di Bangkok.

“Secara keseluruha­nnya, ketiga-tiga negara bersetuju untuk melaksanak­an AETS selama empat bulan, dengan jumlah penguranga­n eksport getah asli sebanyak 240,000 tan,” kata kementeria­n itu.

Bagi memastikan pelaksanaa­n yang berkesan, sebuah jawatankua­sa pemantauan, iaitu Jawatankua­sa Pemantauan dan Pengawasan AETS ditubuhkan dan dianggotai oleh wakil badan pelaksana setiap negara anggota ITRC.

Tingkat penggunaan domestik getah asli

Program lain di bawah kerangka kerja ITRC seperti Skim Penggalaka­n Permintaan dan Skim Pengurusan Penawaran, akan diteruskan dan ditambah baik bagi meningkatk­an penggunaan domestik getah asli dan mengimbang­i permintaan dan penawaran getah asli dunia.

Antara program yang dijangka memberikan impak kepada peningkata­n penggunaan getah asli, ialah Jalan Berturap Getah.

“Thailand, Indonesia dan Malaysia yakin bahawa kerjasama ini dapat membantu memperkuku­hkan lagi harga getah asli, untuk kesejahter­aan pekebun kecil getah di rantau ini,” kata kementeria­n itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia