Berita Harian

Boss Aerosystem maju industri aeroangkas­a tempatan

-

menerima satu lagi syarikat aeroangkas­a tempatan dengan pembukaan kemudahan pengeluara­n Boss Aerosystem di Taman Industri Bukit Minyak, Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud, berkata adalah menjadi kebanggaan negara untuk memiliki Boss Aerosystem untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan antarabang­sa.

“Kami berharap lebih banyak syarikat tempatan mencontohi Boss Aerosystem dan menjadi juara global.

Pekerja berkemahir­an tinggi

“Peserta industri digalakkan untuk memanfaatk­an kemudahan dan platform yang disediakan kerajaan kerana Malaysia mempunyai semua ramuan yang tepat untuk membolehka­n industri aeroangkas­a berkembang,” katanya dalam satu kenyataan.

Aeroangkas­a adalah industri yang pesat berkembang di Malaysia, apabila mencatatka­n pertumbuha­n purata lima peratus sejak 10 tahun lalu dan terus menjana pekerjaan berkemahir­an tinggi di samping membangunk­an ekosistem pembekal di negara ini.

Malaysia ketika ini menempatka­n lebih daripada 230 syarikat, yang terbabit dalam penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO), pembuatan aero, pendidikan dan latihan, integrasi sistem serta kejurutera­an dan aktiviti mereka bentuk.

Bangun aktiviti MRO

Negara juga membangunk­an rantaian nilai tempatan kukuh, terdiri daripada peserta tempatan dan luar negara.

Di samping itu, Malaysia berusaha untuk terus membangunk­an aktiviti MRO serta pembuatan alat ganti dan komponen bagi meningkatk­an penembusan pasaran.

Azman berkata, MIDA terus meneroka peluang kerjasama antara peserta industri tempatan dan syarikat aeroangkas­a antarabang­sa melalui program ‘Hubungan Industri’.

“Program ‘Hubungan Industri’ pertama diadakan tahun lalu di Turki yang disertai sembilan syarikat Malaysia.

“Tahun ini, sebagai kesinambun­gan, kami merancang mengatur tiga lagi program sama,” katanya.

Inisiatif lain MIDA termasuk Persidanga­n Rantaian Bekalan bersama syarikat Tier 1 dan Tier 2.

Persidanga­n terkini dianjurkan oleh MIDA adalah bersama Rolls Royce pada Disember tahun lalu.

Mengenai komunikasi akan datang, Azman berkata, MIDA akan menyertai Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi 2019 (LIMA ‘19) dari 26 hingga 30 Mac ini.

“Kami akan menjadi sebahagian Malaysian Pavillion untuk mempromosi­kan inisiatif kerajaan membangunk­an industri aeroangkas­a, termasuk industri pembinaan dan baik pulih kapal (SBSR).

“Selain itu, MIDA akan mengadakan seminar mengenai industri aeroangkas­a pada 27 Mac di LIMA. Saya mahu mempelawa semua peserta industri dan pihak berkepenti­ngan menyertai kami di acara ini,” katanya.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Azman melawat kilang pada majlis perasmian kilang Boss Aerosystem di Taman Industri Bukit Minyak, Bukit Mertajam, semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Azman melawat kilang pada majlis perasmian kilang Boss Aerosystem di Taman Industri Bukit Minyak, Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia