Berita Harian

Syarat RUMAWIP perlu diteliti semula

Perubahan peraturan dijangka beri impak negatif

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Penubuhan dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) pada 2013 pada mulanya bertujuan membantu warga kota, terutama orang muda yang tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan membeli rumah pada harga berpatutan.

Pada awal pelancaran dasar itu, antara syarat yang ditetapkan kepada pembeli, termasuk unit kediaman tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun dari tarikh pembelian dan pembeli hendaklah mendiami sendiri rumah dan tidak boleh disewa kecuali dengan agensi khas merancang dan mengawal selia RUMAWIP.

Namun, syarat sewaan itu berubah pada awal 2018 apabila pemilik RUMAWIP diberikan kelonggara­n untuk menyewakan rumah mereka kepada pihak ketiga berdasarka­n syarat tertentu yang ditetapkan oleh Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

Kelonggara­n ini dikhuatiri mampu menjejaska­n hasrat dan matlamat penubuhan RUMAWIP itu sendiri yang mahu membantu rakyat Malaysia daripada golongan B40 dan M40 memiliki rumah pertama pada harga yang berpatutan.

Ini kerana, bagi golongan kapitalis yang tidak berintegri­ti, pengumuman seperti ini dilihat sebagai peluang ‘buat duit mudah’ yang sukar dilepaskan.

Mereka boleh membeli unit RUMAWIP dan kemudian disewakan untuk mengaut keuntungan sewa.

‘Untung atas angin’

Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital Sdn Bhd, Faizul Azwan Ridzuan, berkata perubahan kepada peraturan ini dijangka akan memberikan impak negatif kepada kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Jika perkara ini tidak dikawal dengan baik, ramai rakyat Malaysia daripada golongan B40 dan M40 yang masih belum memiliki rumah akan terkesan. Bayangkan rumah yang sepatutnya dibina untuk memberi peluang kepada pembeli rumah pertama untuk kediaman, kini boleh disewakan untuk tujuan keuntungan.

“Kesudahann­ya, pelabur hartanah boleh menggunaka­n proksi atau wakil untuk mem- beli unit RUMAWIP untuk tujuan disewakan.

“Unit RUMAWIP yang dijual pada harga bermula RM63,000 sehingga RM300,000 itu, berada pada paras harga yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapa­tan tinggi. Ini menjadikan unit RUMAWIP sebagai sasaran mudah untuk mereka mengaut keuntungan atas angin,” katanya kepada baru-baru ini.

Jelasnya, mekanisma pemantauan aktiviti sewaan pemilik dan penyewa oleh Badan Pengurusan Bersama (JBM) juga, bukanlah cara yang terbaik.

Ini kerana katanya, JMB juga boleh dikawal oleh kumpulan pelabur untuk kepentinga­n mereka.

Kawalan kerajaan

“Mekanism yang dimaksudka­n adalah pihak JMB akan memantau pemilik dan penyewa supaya mematuhi dasar RUMAWIP, iaitu rumah wajib dihuni oleh rakyat tempatan sahaja. Sebarang salah laku akan dikenakan tindakan undangunda­ng oleh pihak kementeria­n.

“Saya berharap pihak kementeria­n dapat mengawal isu ini dengan lebih baik, supaya masalah pemilikan rumah golongan berpendapa­tan rendah dapat diatasi.

“Untuk memastikan tiada pihak boleh mengambil kesempatan, saya mencadangk­an supaya mekanisme tidak boleh sewa untuk RUMAWIP dikembalik­an supaya tidak memberi peluang kepada pelabur tamak untuk mengambil kesempatan. RUMAWIP patut dibeli oleh mereka yang belum ada rumah sahaja dan 100 peratus untuk kegunaan kediaman dan bukan sewaan.

“Selain itu, mekanisme jualan selepas 10 tahun diketatkan supaya RUMAWIP hanya boleh dijual kepada pembeli rumah pertama sahaja. Harga RUMAWIP di pasaran sekunder, perlu dikawal oleh kerajaan supaya akan sentiasa ada stok hartanah mampu milik untuk golongan belia akan datang,” katanya.

Unit RUMAWIP yang dijual pada harga bermula RM63,000 sehingga RM300,000 itu, berada pada paras harga yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapa­tan tinggi. Ini menjadikan unit RUMAWIP sebagai sasaran mudah untuk mereka mengaut keuntungan atas angin”

Faizul Azwan Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital Sdn Bhd

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? BH
[ FOTO HIASAN ] BH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia