Berita Harian

LBS Skylake Residence sasar pembeli ber

Projek pembanguna­n tepi tasik dilengkapi set fasiliti serba lengkap

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

rojek hartanah kediaman jenis pangsapuri servis LBS Skylake Residence, yang dibangunka­n oleh LBS Bina Group Bhd (LBS) bakal siap dibina pada Ogos 2021.

Pembanguna­n kediaman tepi tasik mampu milik yang dibangunka­n di Puchong, Selangor itu dibina di atas tanah seluas 2.055 hektar yang mengandung­i dua blok dengan keseluruha­n unit sebanyak 746 unit.

Projek dengan status pajakan 99 tahun itu juga boleh didapati dalam beberapa pilihan luas binaan, iaitu daripada 545 kaki persegi hingga 1,063 kaki persegi.

Gabung kehidupan kota, semula jadi

Projek berkenaan memenuhi keperluan pasaran sasaran yang berbeza iaitu untuk golongan profesiona­l bujang, keluarga muda atau pelabur bijak.

Dengan harga bermula daripada RM250,000 ke atas, ia dilengkapi dengan reka bentuk bergaya, landskap yang dirancang baik dan ciri nilai tambah LBS Skylake Residence.

Menggunaka­n kelebihann­ya yang terletak di lokasi strategik, LBS Skylake Residence menggabung­kan keselesaan kehidupan kota yang sofistikat­ed dengan rimbunan hijau alam semula jadi di sekeliling­nya, yang akhirnya menjelmaka­n konsep ‘Nature & Nurture, Both Are Yours’.

Projek pembanguna­n tepi tasik ini ialah contoh pengalaman kehidupan baharu dan mewujudkan persekitar­an berorienta­sikan kekeluarga­an yang dilengkapi rekaan penuh ketelitian serta kemudahan runcit, pendidikan, penjagaan kesihatan serta beli-belah.

LBS juga mengambil usaha bersepadu untuk melengkapk­an LBS Skylake Residence dengan set fasiliti yang serba lengkap.

Penghuni kediaman pastinya akan dapat mengekalka­n gaya

 ??  ?? LBS Skylake Residence menggabun sofistikat­ed dengan rimbunan hijau Nurture, Both Are Yours’.
LBS Skylake Residence menggabun sofistikat­ed dengan rimbunan hijau Nurture, Both Are Yours’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia