Berita Harian

Taks e rik berumah tangga

-

berkata, sikap budiman, menghormat­i wanita, bertanggun­gjawab dan paling utama, mempunyai hala tuju dalam hidup membuatkan hatinya tidak teragak-agak untuk sehidup semati dengan lelaki itu.

“Dia lelaki yang baik, keluargany­a pun orang baik-baik. Mereka menerima saya seadanya.

“Arif sudah lama bersedia mahu mendirikan rumah tangga, cuma belum bertemu jodoh yang sesuai. Selepas episod penantian tanpa berpenghuj­ung, akhirnya takdir menemukan kami sebagai jodoh.

“Saya pula tidak pernah serik atau ada perasaan tidak mahu berkahwin lagi. Saya sentiasa positif dalam hidup dan percaya, setiap ketentuan ada hikmah yang kita tidak ketahui. Kini, saya menemui cinta yang dicari-cari,” katanya yang kini berada di Dubai.

Lindungi kedukaan

Pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti, musim pertama pada 2009 itu berkata, ada peminat bertanya mengenai petuanya mendapat kekuatan bagi melupakan kisah silam dengan mudah dan cepat.

“Saya tekad tidak berpaling lagi pada kisah silam sejurus bercerai.

Saya tutup buku lama dan buka lembaran baharu. Bagaimanap­un, ia tidaklah mudah seperti yang dapat disaksikan. Sebelum itu, saya asyik berduka dan kembali kepada orang yang sama.

“Saya tidak suka orang luar melihat saya sedang bersedih. Seboleh-bolehnya saya akan menutup kesedihan yang bersarang. Lagi pula, saya bukannya seorang suka melayan emosi.

“Sampai satu tahap, saya berasakan cukup-cukuplah berduka. Saya berjuang melupakan segala-galanya dan akhirnya menemui kebahagiaa­n,” katanya.

Bukan kaki cemburu

Pelakon filem Ser u, Gila-gila

dan Desolasi itu berkata, dia kini rancak membuat persiapan perkahwina­n yang tidak sampai sebulan lagi.

“Saya dan Arif memilih untuk mengadakan majlis akad nikah serta resepsi di Kuala Lumpur pada hari yang sama, penghujung bulan ini.

“Untuk perkahwina­n kali ini, saya percaya pada ketentuan Allah. Apa yang membuatkan saya lebih yakin, Arif sentiasa dekat di hati saya. Ke mana sahaja saya melangkah, Arif pasti akan menyusul untuk menemani saya.

“Ia bukannya bermakna dia lelaki yang kuat cemburu, tetapi mahu memastikan saya sentiasa selamat. Bayangkan, saya melalui ujian dan perceraian ketika usia masih muda, tetapi akhirnya Allah menemukan saya dengan lelaki yang membahagia­kan,” katanya yang bercuti sebulan bagi melakukan persiapan majlis perkahwina­nnya.

 ??  ?? Pilih Kasih Remaja 2
Pilih Kasih Remaja 2
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia