Berita Harian

Desas-desus

- Bersama Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

rajamawar@bh.com.my

Kisah penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Linda Nanuwil, 34, berkahwin dengan golongan kenamaan bukan lagi gosip baharu.

Desas-desus Linda bernikah sudah bertebaran sejak 2007 lagi. Kiranya, lebih sedekad kisah yang belum ada hitam putih itu diperkatak­an peminat dan penggemar dunia seni.

Seingat Raja, Linda dianggap pesona Bintang

AF2 apabila namanya sering menjadi sebutan ramai.

Bukan sekadar memiliki paras rupa yang menawan, Linda juga berbakat besar dalam nyanyian. Bagaimanap­un, akibat terlalu banyak persoalan yang tidak mampu dirungkaik­an, Linda terpaksa menghilang­kan diri daripada radar dunia hiburan. Hanya si empunya diri yang tahu alasan sebenar dirinya berbuat demikian.

Linda menghilang­kan diri sebaik sahaja album sulungnya dilancarka­n dan sejak itu, tercetus spekulasi yang sehingga kini belum terjawab.

Sukar percaya

Wartawan dikatakan sukar menjejaki Linda sehingga pihak pengurusan­nya ketika itu, Maestro Talent & Management, turut diburu dan dipersalah­kan.

Banyak persoalan yang belum dijawab Linda selama hampir sedekad menghilang­kan diri. Wanita kelahiran Ranau, Sabah, itu didakwa mendirikan rumah tangga dengan lelaki kenamaan, seterusnya menetap di luar negara. Kebenarann­ya hanya Linda yang tahu.

Tahun lalu, Linda muncul kembali, tetapi ramai yang masih mencurigai dirinya. Biarpun berbuih-buih mulut membuat penafian, ia bagaikan tidak dapat diterima apabila masih banyak pihak yang tidak mempercaya­inya.

Balik kampung

Ada peminat di Sabah mendakwa, Linda sudah bercerai dengan lelaki kenamaan berkenaan.

“Janganlah berpura-pura cakap masih solo dari dulu lagi... Orang Sabah ramai yang tahu, cuma tidak buka mulut.

“Cantik, berbakat tetapi balik Sabah duduk kampung. Mengaku solo, ingat orang bodoh ke?” kata peminat berkenaan.

Apapun, sekiranya benar Linda pernah berkahwin dan kemudian bercerai, dia tentunya mempunyai alasan kukuh untuk tidak berkongsi cerita itu dengan orang ramai. Maklumlah, kita pun tahu, jika bersifat terlalu peribadi, tidak perlulah menjadi tatapan umum.

Raja dengar, Linda kini sudah bersedia untuk kembali aktif menyanyi. Malah, dia bakal muncul dengan lagu terbaru yang dihasilkan sendiri, tidak lama lagi. Kita tunggu kemunculan Linda nanti...

 ??  ?? RAJA: Tunggu kisah seorang aktres yang akan berkahwin tidak lama lagi, tetapi masih mahu berahsia.
RAJA: Tunggu kisah seorang aktres yang akan berkahwin tidak lama lagi, tetapi masih mahu berahsia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia