Berita Harian

Aktor berlagak dicarut peminat

-

Sejak dulu, ramai yang perasan aktor nan seorang ini sukar didekati sesiapa. Jika ‘mood’ baik, dia boleh senyum lebar sampai ke telinga, tetapi kalau anginnya kurang baik, maka jawapan sarkastik yang selalunya diterima.

Berikutan itu, ramai yang boleh dikatakan meluat dengan sikap aktor terbabit. Nak kata sombong, tidak juga, tetapi tak tahulah selalu sahaja ada angin lintang pukang dalam dirinya.

Seorang teman membisikka­n kepada Raja, si aktor kena tempelak dengan peminat, baru-baru ini. Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah. Padan muka, baru kena buku dengan ruas.

Si aktor itu ingat dirinya kacak, popular dan ramai peminat yang sangat tergila-gilakan dia. Jadi, dia boleh buat sesuka hati.

Khabarnya, ada satu keluarga ternampak si aktor sedang minum petang. Seorang daripada ahli keluarga itu pula teruja mahu bergambar dengan aktor berkenaan.

Jadi, seorang adik mereka menghampir­i aktor terbabit dan memberitah­u, kakaknya mahu bergambar dengannya.

Khabarnya, aktor itu sudahlah bersikap acuh tak acuh, pandang muka budak itu pun tidak. Bukan sekadar menunjukka­n sikap dingin, dia macam tidak mahu melayan peminatnya.

Mungkin kerana sakit hati dengan kelakuan pelakon terbabit, sebelum dia angkat kaki, terkeluar perkataan tak sedap didengar daripada mulut peminat berkenaan. Apa lagi kalau bukan carutan?

Difahamkan, si aktor tercengang apabila kena maki dengan peminat.

Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Padan muka dia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia