Berita Harian

SEA LIFE Malaysia tarikan baharu LEGOLAND

-

LEGOLAND Malaysia Resort akan membuka SEA LIFE Malaysia di Iskandar Puteri, Johor, April ini.

Terletak bersebelah­an LEGOLAND Malaysia Resort dan LEGOLAND Hotel, akuarium interaktif yang dipenuhi 13,000 kehidupan laut dari 120 spesis berserta elemen LEGO yang unik, akan membantu memacu industri pelanconga­n di Johor.

LEGOLAND Malaysia juga adalah taman tema pertama di dunia yang bakal menyediaka­n pengalaman NINJAGO yang holistik.

Bilik NINJAGO Hotel dihubungka­n dengan LEGO NINJAGO The Ride dan pertunjuka­n NINJAGO.

Francais NINJAGO adalah antara francais LEGO terbaru dan paling laris.

Taman tema itu terus berusaha untuk memacu industri pelanconga­n dengan pelancaran pas tahunan baharu.

Penentuan harga baharu memudahkan pilihan pembelian oleh pelanggan menerusi penyeragam­an semua tiket menjadi pas tahunan.

Akses tanpa had

Pemegang Mykad boleh menikmati akses tanpa had ke Taman Tema LEGOLAND dan Taman Air, selain akses percuma ke SEA LIFE Malaysia.

“Kami komited untuk menyediaka­n kepada pelanggan kami pengalaman yang benar-benar unik bagi setiap kunjungan mereka.

“Dengan kewujudan taman tema luar, taman air dan SEA LIFE Malaysia yang bakal dibuka, LEGOLAND Malaysia adalah destinasi percutian sehenti keluarga paling unggul.

“Pas tahunan terbaru akan dapat memberi nilai yang menarik kepada tetamu kami, membolehka­n mereka menikmati tempat percutian kami sepanjang tahun yang seterusnya mendorong lawatan ulang-alik ke Johor, menyokong wawasan negeri Johor untuk menjadi destinasi pelanconga­n serantau bernilai tinggi menjelang 2023,” kata Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia Resort, Kurt Stocks, pada taklimat media di sini baru-baru ini.

Tarikan aktiviti baharu

Menurut jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an Negeri Johor, Iskandar Malaysia bersedia menjadi hab taman tema serantau di Malaysia.

Johor sememangny­a adalah destinasi pelanconga­n terbaik dengan catatan Jabatan Statistik Malaysia merekodkan 7.4 juta pelancong domestik pada 2016, iaitu yang tertinggi dalam negara.

Pada 2016 sahaja, Johor mencatat ketibaan 10 juta pelancong yang terdiri daripada pelancong tempatan dan asing.

“Selain aktiviti baharu yang diperkenal­kan, pengunjung juga dapat menikmati manfaat pelaburan kami dalam satu siri penaik tarafan yang dilakukan terhadap taman dalaman kami, ia menunjukka­n nilai teras kami untuk mewujudkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi semua.

“Kipas bersaiz gergasi dan kawasan redup baharu ditambahka­n dan kami juga menaik taraf kawasan Bina dan Uji atau Build and Test dengan menyediaka­n mekanisme ujian baharu bagi pengunjung muda yang sangat imaginatif,” tambah Stocks.

Naik taraf LEGOLAND Hotel

Pada awal tahun ini, LEGOLAND Malaysia Resort melancarka­n sebuah tayangan gambar 4D baharu, LEGO City 40 Movie, iaitu ‘Officer in Pursuit!’ dan Hari Acara Tayangan Gambar LEGO yang membolehka­n pelawat berinterak­si dengan watak kegemaran mereka daripada francais LEGO Movie.

LEGOLAND Hotel juga akan dinaik taraf dengan pembinaan bar bertemakan LEGO yang baharu di tepi kolam mandi.

Pengunjung juga boleh menjangkak­an pengalaman menikmati sendiri semua 70 tunggangan, menyaksika­n slaid, pertunjuka­n dan tarikan pengunjung yang direka khusus buat keluarga yang mempunyai anak berusia antara dua hingga 12 tahun.

Dengan pas tahunan baharu itu, pemegang pas akan mendapat akses tanpa had sepanjang tahun ke Taman Tema LEGOLAND dan Taman Air, termasuk akses percuma ke SEA LIFE Malaysia.

Pas tahunan baharu boleh dibeli melalui laman rasmi LEGOLAND di www.legoland.com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia