Berita Harian

Cuma 17 peratus syarikat lantik wanita jadi CEO

Peratusan pegang jawatan menurun kepada 23 peratus: Kajian

-

Hanya 17 peratus perniagaan di Malaysia melantik wanita sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Urusan, demikian menurut rangkaian perkhidmat­an profesiona­l global, Grant Thornton Internatio­nal Ltd.

Kajian terkininya ‘Wanita dalam Perniagaan’ mendapati peratusan wanita yang memegang jawatan kepimpinan kanan di Malaysia juga menurun kepada 23 peratus daripada 28 peratus yang direkodkan pada Mac 2018.

“Kedudukan wanita sebagai ketua masih jauh,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Laporan itu mendapati 16 peratus daripada responden memetik kekurangan akses kepada peluang perkembang­an pekerjaan serta tanggungja­wab di luar kerja, sebagai halangan dalam mencapai tahap pengurusan kanan.

Selain itu, 14 peratus responden berkata, mencari masa seiring tanggungja­wab pekerjaan teras juga menjadi halangan untuk diatasi sebelum dapat memenuhi peranan sebagai eksekutif.

Beri sokongan lebih baik

Mengulas hasil kajian itu, Rakan Kongsi Negara Grant Thornton Malaysia, Datuk NK Jasani berkata, sokongan yang lebih baik perlu ada untuk wanita bekerja, terutama dalam membantu mereka meneruskan tanggungja­wab di luar kerja, memandangk­an ramai dalam kalangan mereka meninggalk­an pekerjaan untuk menjaga anak.

“Dalam aspek ini, kerajaan telah menerima gesaan untuk membuka pusat penjagaan kanak-kanak di semua pejabat kerajaan, dengan Parlimen menjadi lokasi pertama, dan mula beroperasi tahun ini.

“Keputusan untuk menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak itu adalah sejajar dengan dasar kerajaan untuk menggalakk­an penyertaan lebih aktif wanita dalam politik, pembuat dasar dan tenaga kerja.

“Syarikat korporat digalakkan untuk mengikutin­ya kerana ia akan menggalakk­an wanita untuk kembali berkerja,” katanya.

Tingkat kesaksamaa­n jantina

Kajian itu menunjukka­n bahawa sejajar dengan kemajuan positif yang dicatatkan secara keseluruha­n, 63 peratus perniagaan di Malaysia telah mengambil inisiatif untuk meningkatk­an kesaksamaa­n jantina.

Grant Thornton berkata, 26 peratus daripada perniagaan tempatan menyediaka­n khidmat pementoran serta bimbingan untuk wanita, manakala 25 peratus syarikat melaksanak­an waktu kerja fleksibel untuk membantu mereka.

Kaji selidik itu mendapati 95 peratus daripada perniagaan di negara ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita di peringkat pengurusan kanan tahun ini, peningkata­n 15 peratus daripada 2018.

“Pada peringkat global, 87 peratus perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pengurusan kanan, peningkata­n sebanyak 12 peratus berbanding tahun lepas, manakala wanita membentuk 29 peratus daripada pasukan pengurusan kanan, tahap tertinggi yang pernah direkodkan,” katanya.

Sokongan lebih baik perlu ada untuk wanita bekerja” NK Jasani, Rakan Kongsi Negara Grant Thornton Malaysia

 ?? FOTO HIASAN] ?? Syarikat digalak menyediaka­n pelbagai insentif yang memenuhi keperluan wanita untuk kembali bekerja.
FOTO HIASAN] Syarikat digalak menyediaka­n pelbagai insentif yang memenuhi keperluan wanita untuk kembali bekerja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia