Berita Harian

PROTON miliki 75 cawangan 3S/4S seluruh negara

-

Cawangan berkenaan bernilai RM3.5 juta Berkeluasa­n 827 meter persegi Dilengkapi Wifi percuma, ruang minuman, ruang rehat pelanggan, empat petak penyelengg­araan dan empat pengangkat serta ruang parkir luas untuk pelanggan

Holdings Bhd kini mempunyai 75 cawangan 3S/4S (jualan, servis, alat ganti dan badan dan servis cat) di seluruh negara, sekali gus muncul jenama automotif paling banyak memiliki cawangan 3S/4S di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Li Chunrong, berkata adalah penting mempunyai cawangan 3S/4S yang mencukupi untuk memudahkan pelanggan memenuhi keperluan jualan dan servis mereka.

“Sejak awal, kami sangat jelas bahawa pelanggan kekal sebagai tumpuan utama dalam model perniagaan kami, jadi setiap keputusan yang dibuat adalah untuk memastikan kepuasan optimum pelanggan,” katanya merasmikan cawangan pengedar 3S PROTON yang pertama di Kluang, Street Car Sdn Bhd (Street Car).

Street Car pengedar 3S di Kluang

Cawangan di Kluang itu menampilka­n warna identiti korporat syarikat (CI) yang baharu.

Street Car yang sudah menjadi pengedar PROTON sejak sembilan tahun lalu, memulakan perniagaan sebagai pengedar cawangan 1S di Johor Bahru.

Untuk mengembang­kan lagi perniagaan­nya bersama PROTON dan untuk memenuhi keperluan pasaran semasa bagi sebuah pusat sehenti, ia mengambil keputusan untuk membuka sebuah cawangan 3S baharu di pusat bandar Kluang.

Pengarah Urusan Street Car, Soong Chai Huat, Pengarah Urusan Street Car, berkata keputusan yang diambil untuk membuka cawangan 3S baharu di Kluang adalah satu keputusan yang mudah kerana mempunyai potensi perniagaan yang besar.

X70 dikagumi ramai

“Sebagai seorang pengedar, saya melihat perubahan positif pelanggan terhadap PROTON sejak pelancaran Proton X70.

“Ramai yang sudah mengulas mengenai betapa kagumnya mereka dengan model itu dan bagaimana ciri pintar yang dilengkapi pada model berkenaan adalah yang terbaik berbanding manamana pesaing yang lain.

“Ini membuatkan Proton X70 sudah benar-benar meletakkan jenama PROTON kembali menarik perhatian dan saya berharap dapat meraih keuntungan dengan kelebihan yang ada,” katanya.

 ??  ?? Kang Haw (kiri) bersama Chunrong (empat dari kanan) pada majlis pelancaran cawangan pengedar 3S PROTON di Kluang Street Car.
Kang Haw (kiri) bersama Chunrong (empat dari kanan) pada majlis pelancaran cawangan pengedar 3S PROTON di Kluang Street Car.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia