Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh lebih satu peratus semalam disebabkan prestasi ekonomi global yang perlahan selepas Bank Pusat Eropah (ECB) memberi amaran mengenai data eksport dan import China yang merosot bulan lalu.

Selain itu, lonjakan penawaran bekalan Amerika Syarikat (AS) turut menjejaska­n pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah antarabang­sa Brent, berada AS$65.42 satu tong pada 0803 GMT, jatuh 88 sen, atau 1.3 peratus daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) AS pada AS$56.03 satu tong, susut 63 sen, atau 1.1 peratus.

Pasaran kewangan, termasuk niaga hadapan minyak mentah mencapai paras tinggi selepas Presiden ECB, Mario Draghi berkata pada Khamis, ekonomi Eropah berada dalam prestasi lemah dan ketidakten­tuan yang tinggi.

Kelemahan ekonomi Eropah muncul apabila pertumbuha­n di Asia yang turut perlahan.

Setakat ini, permintaan minyak meningkat, terutama di China yang mana import minyak mentah kekal melebihi 10 juta tong sehari (bpd).

Bagaimanap­un, kelembapan pertumbuha­n ekonomi pada tahap tertentu akan menyebabka­n permintaan bahan bakar itu merosot, meletakkan tekanan pada harga.

Eksport China yang berdenomin­asi dolar AS jatuh 21 peratus berbanding tahun sebelumnya, kejatuhan terbesar dalam tempoh tiga tahun.

Ia jauh lebih buruk daripada jangkaan penganalis­is, sementara import menurun 5.2 peratus, menurut data rasmi pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia