Berita Harian

Persekitar­an seimbang sejahterak­an wanita

Agensi kerajaan, swasta diminta tingkat penyertaan golongan hawa dalam pelbagai aspek kehidupan

- Oleh Halina Mohd Noor, Nor Hatina Shuib, Hidayah Mohamad, Mahani Ishak

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta semua agensi kerajaan dan swasta agar bersama-sama mewujudkan persekitar­an seimbang dalam pelbagai aspek ke arah kesejahter­aan wanita.

KPWKM dalam kenyataan berkata, bertepatan dengan tema sambutan Hari Wanita Sedunia semalam, iaitu ‘Seimbang Untuk Sejahtera’, komitmen penuh perlu dalam usaha meningkatk­an peluang dan penyertaan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Wanita yang sejahtera menjadi tunggak kepada pembentuka­n institusi keluarga yang bahagia, penyayang dan pemangkin kepada kemajuan negara.

“Segala inisiatif akan dikaji semula dan ditambah baik serta pelbagai inisiatif baharu akan dilaksanak­an yang membabitka­n kumpulan sasar secara meluas,” katanya.

Tahun ini, pihaknya menekankan kepentinga­n untuk mengaruspe­rdanakan gender dalam aspek perancanga­n dan pembanguna­n serta beri peluang lebih besar kepada wanita mencapai potensi optimum.

Perhalusi dasar perundanga­n

Kementeria­n juga akan menambah baik dan memperhalu­si dasar perundanga­n serta program sedia ada merangkumi pembaharua­n Dasar Wanita Negara dan penggubala­n Rang Undang-undang Gangguan Seksual.

“Program keusahawan­an juga akan dilaksanak­an membabitka­n kumpulan wanita berpendapa­tan terendah B40 dan memperluas­kan program kesejahter­aan wanita di bawah inisiatif i-suri yang dilancarka­n tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail, mencadangk­an kerajaan mempercepa­tkan pembentang­an Rang Undang-undang bagi menggubal undang-undang berkaitan Kesaksamaa­n Gender dan hukuman bagi Gangguan Seksual, pada sidang Parlimen, tahun ini.

Beliau juga berharap lebih ramai perwakilan wanita dalam jawatan kepemimpin­an dilantik tanpa mengira peringkat masyarakat.

Katanya, hanya 23.2 peratus wanita dilantik Ahli Lembaga Pengarah, dan 13.9 peratus di Parlimen, sekali gus memperliha­tkan perlu galakan untuk meningkatk­an penyertaan golongan itu dalam politik dan kepemimpin­an.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam (Pembanguna­n), Datuk Rosslina Ahmad Mokhtar, berkata kerajaan akan terus meningkatk­an penyertaan wanita sebagai pemimpin melalui pusat latihan berprestij seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

“Ketika ini, hampir 36 peratus penjawat awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah wanita. Justeru, budaya keseimbang­an untuk kesejahter­aan perlu diinstitus­ikan di semua sektor,” katanya berucap pada Forum sempena sambutan Hari Wanita 2019 bertajuk Menangani Gangguan Seksual Dan Ke- ganasan Rumah Tangga, di sini.

Peranan generasi muda

Ketua Srikandi PKR, Nurainie Haziqah Shafii, berkata PKR harus menjadi parti politik yang mengunggul­i pembabitan dan kepemimpin­an wanita muda supaya negara dapat melahirkan pemimpin disegani.

Katanya, tumpuan parti untuk memastikan lebih ramai wanita muda diberikan peluang dan peranan penting dalam pembanguna­n masyarakat dan negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Gabungan Wanita Global untuk Al Quds dan Palestin (MECQP) menggesa Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) dan agensi kerajaan terutama pemerintah Amerika Syarikat (AS) menghapusk­an segera isu keganasan, penyeksaan serta diskrimina­si terhadap wanita.

Setiausaha Agungnya, Dr Fauziah Mohd Hasan, berkata berjutajut­a wanita masih berdepan masalah keganasan dan diskrimina­si termasuk di Palestin yang terus menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis sebagai usaha Israel menghapusk­an identiti penduduk negara itu.

Ketika ini, hampir 36 peratus penjawat awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah wanita. Justeru, budaya keseimbang­an untuk kesejahter­aan perlu diinstitus­ikan di semua sektor”

Rosslina Ahmad Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam (Pembanguna­n)

PKR harus menjadi parti politik yang mengunggul­i pembabitan dan kepemimpin­an wanita muda supaya negara dapat melahirkan pemimpin disegani”

Nurainie Haziqah Shafii, Ketua Srikandi PKR

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia