Berita Harian

Nestle beri cuti 6 bulan untuk ibu angkat

-

Kuala Lumpur: Nestle (Malaysia) Bhd memperkena­lkan dasar baharu untuk golongan ibu angkat dan pemberi jagaan utama, dengan menyediaka­n pakej cuti sehingga enam bulan.

Pengarah Eksekutif Sumber Manusia Kumpulanny­a, Shahzad Umar, berkata ia sejajar dengan keputusan syarikat untuk menambah jumlah manfaat cuti ibu bapa yang turut meliputi cuti bersalin dan cuti isteri bersalin.

“Manfaat cuti ibu bapa yang ditambah baik ini menjadikan Nestle sebagai antara syarikat yang menawarkan manfaat terbaik dalam industri barangan pengguna laris (FMCG) di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sejajar dengan komitmen kepada kepelbagai­an dan keterangku­man, Nestle memperkena­lkan Cuti Pengambila­n Anak Angkat bergaji penuh untuk sekurang-kurangnya 98 hari kepada kakitangan yang baru mengambil anak angkat dan hak untuk mengambil cuti tambahan tanpa gaji selama 82 hari.

Katanya, kakitangan yang menjadi pemberi jagaan utama kepada bayi baru lahir juga akan menikmati manfaat sama menerusi Cuti Pemberi Jagaan Utama yang diperkenal­kan.

“Pemberi Jagaan Utama adalah seorang pekerja yang telah menggalas tanggungja­wab sebagai penjaga utama bagi seorang anak termasuk cucu,” katanya.

Cuti tambahan

Menurutnya, ibu bapa yang baru menimang cahaya mata kini layak menerima cuti tambahan di bawah dasar Cuti Ibu Bapa Nestle yang ditambah baik.

“Ibu yang baru melahirkan anak berhak menerima manfaat cuti bersalin bergaji dan tanpa gaji sehingga 180 hari, manakala bapa yang baru menimang cahaya mata diberikan Cuti Isteri Bersalin seminggu,” katanya.

Shahzad berkata, syarikat memahami perubahan mencabar yang berlaku kepada mereka yang baru bergelar ibu bapa dan mengambil keputusan untuk memberi sokongan padu.

“Kami berbangga menjadi pelopor dengan menawarkan satu daripada pakej cuti ibu bapa paling progresif dalam industri, yang kini turut merangkumi ibu bapa angkat,” katanya.

Nestle juga, katanya bertekad menjadi syarikat yang mencapai keseimbang­an jantina, seiring dengan matlamatny­a memupuk budaya keterangku­man.

“Memandangk­an 34 peratus daripada kakitangan Nestle Malaysia terdiri daripada wanita, kami menyediaka­n kemudahan dan merangka dasar untuk mewujudkan tempat kerja yang prihatin demi memperkasa­kan wanita,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Nestle bertekad menjadi syarikat yang mencapai keseimbang­an jantina, seiring dengan matlamatny­a memupuk budaya keterangku­man.
[FOTO HIASAN] Nestle bertekad menjadi syarikat yang mencapai keseimbang­an jantina, seiring dengan matlamatny­a memupuk budaya keterangku­man.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia