Berita Harian

PPJ jadikan Putrajaya bandar selamat

Perbadanan tambah CCTV, terutama di kawasan kejiranan

- Oleh Samadi Ahmad

Perbadanan Putrajaya (PPJ) akan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) terutamany­a di kawasan kejiranan bagi mengawasi keselamata­n penduduk di pusat pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n.

Presiden PPJ, Datuk Dr Aminudin Hassim, berkata sebanyak 240 CCTV ditambah dalam projek fasa kedua menjadikan jumlahnya keseluruha­n 500 CCTV untuk dipasang di kawasan strategik bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa.

Menurut beliau, pemasangan CCTV baharu itu adalah dari jenis resolusi tinggi (HD) yang mampu mengesan warna dan jenis kereta dengan jelas sekiranya melakukan kesalahan atau jenayah di sesuatu kawasan.

Katanya, sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), PPJ mahu Putrajaya menjadi sebuah bandar yang selamat, terutama mengekang kegiatan jenayah seperti kecurian dan rompakan.

Kerjasama penduduk

“Penduduk juga perlu bekerjasam­a dengan pihak keselamata­n di samping meningkatk­an peranan masyarakat setempat dan tanggungja­wab kejiranan, terutama dalam menangani jenayah dengan segera melaporkan­nya kepada polis,” katanya kepada BH.

BH difahamkan PPJ turut menyediaka­n sebanyak 30 butang panik di kawasan strategik yang dihubungka­n ke pusat kawalan yang beroperasi 24 jam sehari.

Pusat kawalan berpusat di PPJ itu turut membabitka­n beberapa agensi, termasuk penguatkua­sa PPJ, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba, Jabatan Imigresen dan Hospital Putrajaya.

Aminuddin berkata, pusat kawalan itu bertujuan menjadikan Pu- trajaya bandar pintar menjelang 2020 dan selamat dikunjungi serta menjadi tempat tinggal.

Operasi pantau pendatang

Beliau berkata, selain jenayah, CCTV itu turut membantu pihak berkuasa mengesan kemalangan, lampu isyarat tidak berfungsi, banjir serta memantau keadaan air di tasik yang ada di kawasan itu.

Katanya, keadaan jenayah adalah terkawal dan kebanyakan kes kecurian membabitka­n motosikal dikesan Jawatankua­sa Penduduk yang kediaman mereka berdekatan dengan kawasan Dengkil.

Selain itu, Aminuddin turut menjelaska­n, PPJ menerusi jabatan penguatkua­saan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Imigresen, akan terus meningkatk­an operasi bagi memantau pergerakan pendatang tanpa izin yang bekerja tanpa permit di sini.

“Diharap dengan usaha digerakkan PPJ ini dapat meningkat keselamata­n dan menjadikan bandar selamat daripada jenayah,” katanya.

PPJ mahu Putrajaya menjadi bandar selamat, terutama mengekang jenayah” Aminuddin Hassim, Presiden PPJ

 ??  ??
 ??  ?? PPJ meningkatk­an kawalan keselamata­n melalui penambahan CCTV bagi menjadikan Putrajaya bandar pintar 2020 dan selamat dikunjungi.
PPJ meningkatk­an kawalan keselamata­n melalui penambahan CCTV bagi menjadikan Putrajaya bandar pintar 2020 dan selamat dikunjungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia