Berita Harian

Jalan berdebu ganggu penduduk

-

Sepang: Penduduk Jalan Bukit Perah 2, Kampung Olak Lempit di sini berhadapan masalah debu dan habuk akibat pergerakan kenderaan berat projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (LPPB) berdekatan kediaman mereka di sini.

Menurut penduduk, tindakan pemaju berkenaan bukan saja menyebabka­n pencemaran udara, malah mengancam keselamata­n penduduk apabila kenderaan berat dipandu laju melalui jalan itu secara kerap.

Pekerja swasta, Rosli Abdul Razak,53, berkata penduduk tidak tahu kepada siapa masalah dihadapi sejak lebih setahun itu perlu dilaporkan kerana kampung mereka masih tidak mempunyai ketua sejak kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) dipilih tahun lalu.

Rosli berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) perlu turun padang melihat masalah debu dan habuk yang mengganggu kehidupan penduduk di kampung itu yang dihuni 1,000 orang.

Beliau berkata, masalah habuk dan debu yang berterbang­an itu semakin serius, terutama ketika musim panas sekarang dan menyebabka­n kediaman mereka kotor, yang dikhuatiri mengakibat­kan masalah kesihatan pula.

Katanya, mereka tidak dapat menahan sabar apabila kerap terpaksa mencuci kereta dan lantai rumah akibat berhabuk, selain masalah bunyi bising dan gegaran daripada kenderaan berat yang melalui kawasan terlalu hampir dengan kediaman mereka.

Lebih 200 lori

“Walaupun pemaju mengadakan khidmat menyiram air, permukaan jalan raya itu tidak dibersihka­n sepenuhnya hingga mengakibat­kan kenderaan menjadi kotor apabila melalui jalan berkenaan.

“Kami sudah lama bersabar dan tidak tahan dengan masalah yang merisaukan penduduk di sini, harap pihak bertanggun­gjawab dapat menangani perkara ini dengan segera,” katanya.

BH difahamkan, lebih 200 lori memasuki kawasan projek itu setiap hari bermula jam 6.30 pagi sehingga 6 petang, termasuk hujung minggu.

Projek pembinaan lebuh raya sepanjang 233 kilometer (km) yang dibangunka­n sejak 2014 dan dibahagika­n kepada 11 fasa itu menelan belanja RM5.04 bilion, dengan RM980 juta adalah kos pengambila­n tanah, dikendalik­an syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn Bhd.

Surirumah, Julaili Jamil, 40, kesal kerana yang menjadi mangsa ialah penduduk yang terpaksa menghadapi masalah habuk, selain bimbang dengan keselamata­n anak kerana jalan yang sama menjadi laluan utama untuk pelajar dan penduduk ke tempat kerja dan ke sekolah.

Minta segera selesai masalah

“Saya harap pihak berwajib segera selesaikan masalah ini. Penduduk tidak menghalang pembanguna­n, tetapi kami mahu pembanguna­n dijalankan tanpa menyusahka­n penduduk setempat,” katanya ketika ditemui BH.

Sementara itu, jurucakap Unit Korporat dan Perhubunga­n Awam MDKL yang dihubungi memaklumka­n projek itu bukan di bawah tanggungja­wab pihaknya.

Menurut beliau, dari segi aduan, jalan utama sebelum masuk ke jalan kampung adalah di bawah tanggungja­wab JKR Kuala Langat, manakala lori dari jalan besar yang menggunaka­n laluan kampung pula di bawah tanggungja­wab Pejabat Daerah Kuala Langat.

Tambah beliau lagi, jalan kampung adalah di bawah tanggungja­wab Bahagian Pembanguna­n Luar Bandar, Pejabat Daerah Kuala Langat dan perkara itu boleh dirujuk kepada pihak berkenaan.

 ?? [FOTO SAMADI AHMAD/BH] ?? Rosli menunjukka­n tingkap kediamanny­a berdebu di Jalan Bukit Perah 2, Kampung Olak Lempit, Sepang.
[FOTO SAMADI AHMAD/BH] Rosli menunjukka­n tingkap kediamanny­a berdebu di Jalan Bukit Perah 2, Kampung Olak Lempit, Sepang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia