Berita Harian

Penduduk tempatan upah warga asing pecah rumah

-

Sungai Besar: Polis mengesan tiga lelaki tempatan mengupah seorang lelaki warga asing sejak lebih sebulan lalu bagi melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Sekinchan, di sini, sebelum mereka mencari pembeli kepada barangan yang dicuri.

Bagaimanap­un, perbuatan tiga lelaki itu terbongkar apabila mereka ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Bagan, Kampung Sungai Labu, Sekinchan, 4 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superinten­dan Lim Chee Khoon, berkata seorang warga Indonesia berusia 33 tahun turut ditahan bersama mereka oleh sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Mohd Zulkhairie Mohd Noor.

Mengaku jadi orang tengah

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati tiga lelaki itu mengaku bertindak sebagai orang tengah dan mencari pembeli, manakala lelaki warga Indonesia itu ditugaskan melakukan pecah rumah sekitar pekan Sekinchan.

“Hasil pemeriksaa­n menemui pelbagai barangan termasuk peralatan pertukanga­n dan barangan elektrik dalam rumah berkenaan.

“Keempat-empat suspek dipercayai bergiat aktif sejak lebih sebulan lalu,” katanya pada sidang media di IPD Sabak Bernam, semalam.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing terhadap semua suspek mendapati tiga daripadany­a positif dadah jenis Methaphtam­ine manakala suspek warga asing negatif dadah.

“Dengan penangkapa­n suspek, kita berjaya menyelesai­kan dua kes pecah rumah sekitar pekan ini,” katanya.

Menurutnya, semua suspek direman selama 13 hari bermula 5 Mac hingga 18 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia