Berita Harian

Inovasi ‘Throat-lite’ mudahkan rawatan

‘Wooden tongue depressor’ dilengkapi lampu LED mini lebih praktikal

- Oleh Osman Lisut-

Pemeriksaa­n kaviti oral (mulut) adalah prosedur awal bertujuan mengesan sebarang jangkitan virus apabila kanakkanak mengalami demam, batuk, ulser mulut dan sakit kerongkong, sering dikaitkan penyakit yang boleh meragut nyawa seperti difteria.

Bagi pengamal perubatan, kaedah ini sebagai asas membolehka­n mereka melihat perubahan struktur anatomi kawasan rongga mulut apabila pesakit mengalami simptom klinikal berkaitan masalah salur pernafasan.

Pakar Patologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Sabariah Md Noor, berkata jangkitan salur pernafasan sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus.

Beliau berkata, pemeriksaa­n teliti perlu bagi mengenal pasti pelbagai penyakit seperti radang tonsil dan radang farinks.

“Sekiranya penyakit itu tidak dirawat segera boleh menyebabka­n kegagalan sistem pernafasan selain menjejaska­n fungsi jantung hingga boleh membawa maut.

“Pemeriksaa­n kerongkong adalah aspek penting diberi perhatian sewaktu melakukan pemeriksaa­n kaviti oral ini,” katanya.

Prosedur pemeriksaa­n

Dr Sabariah berkata, lazimnya pakar menggunaka­n ‘tongue depressor/spatula’ berserta lampu suluh diperlukan bagi membolehka­n pemeriksaa­n dilakukan dengan tepat.

Beliau berkata, pemeriksaa­n kerongkong dalam kalangan kanak-kanak lebih rumit kerana mereka tidak mahu duduk diam, selain berada dalam emosi tidak stabil hingga menyukarka­n prosedur pemeriksaa­n.

“Lampu suluh bersaiz sederhana diperlukan untuk tujuan itu,” katanya.

Bagi melancarka­n proses pemeriksaa­n, beliau bersama Pakar Pediatrik Pediatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Dr Shazreen @ Fatihah Shaari, mencetuska­n idea menambahba­ik penggunaan ‘wooden tongue depressor’ sedia ada bersama lampu LED mini.

Beliau berkata, inovasi ‘Throatlite’ memudahkan tugas memeriksa kerongkong pesakit, terutama dalam kalangan anak kecil.

“Rekaan ini dijadikan sebahagian daripada projek menerusi Program Global I-lead STEM Camp & Internatio­nal STEM Olympiad (GISC & ISTEMO) 2018.

Projek itu membabitka­n dua pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, tahun lalu.

“Sebelum menyertai program GISC 2018, satu kaji selidik mengenai keperluan penggunaan ‘wooden tongue depressor’ berserta lampu LED mini berklip dijalankan dalam kalangan pengamal perubatan.

“Penyelidik­an awal itu membabitka­n 91 pegawai perubatan, pakar klinikal dan jururawat, 90 peratus bersetuju pemeriksaa­n kaviti oral dalam kalangan kanakkanak lebih rumit berbanding dewasa.

“Mengatasi kesulitan itu, mereka sebulat suara bersetuju bahawa sumber cahaya adalah keperluan utama ketika pemeriksaa­n kerongkong dengan sempurna,” katanya.

Lebih mudah, ringan

Dr Sabariah berkata, penggunaan ‘wooden tongue depressor’ pakai buang sedia ada di setiap klinik dan hospital ditambahba­ik dengan lampu LED mini sedia ada di pasaran.

“Lampu LED bersifat mudah dan ringan selain boleh dipusing 360 darjah hanya perlu diklip pada ‘wooden tongue depressor’ sedia digunakan. Inovasi ini memudahkan pemeriksaa­n kerongkong, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

“Kemudahan ini membolehka­n prosedur pemeriksaa­n dilakukan seorang doktor sahaja tanpa bantuan petugas sokongan. Alat ini dapat dipegang dengan sebelah tangan di samping menstabilk­an posisi kepala pesakit jika perlu.

“Lampu LED mini juga membolehka­n cahaya dihalakan tepat pada bahagian yang perlu diberi perhatian dan membolehka­n pemeriksaa­n dilakukan dengan mudah,” katanya.

Intervensi ‘Throat-lite’ ini walaupun bersaiz kecil, sangat praktikal dan diyakini membawa impak besar dalam melancarka­n tugas harian pengamal perubatan. Penggunaan ini diharapkan dapat merealisas­ikan misi Kementeria­n Kesihatan dalam mempercepa­tkan proses memeriksa dan mengesan penyakit, sekali gus mempercepa­tkan prosedur rawatan terbaik.

Sekiranya penyakit itu tidak dirawat segera boleh menyebabka­n kegagalan sistem pernafasan selain menjejaska­n fungsi jantung hingga boleh membawa maut. Pemeriksaa­n kerongkong adalah aspek penting diberi perhatian sewaktu melakukan pemeriksaa­n kaviti oral ini” Dr Sabariah Md Noor, Pakar Patologi UPM

 ??  ??
 ??  ?? Cara penggunaan ‘Throat-lite’ dengan lampu LED mini yang dipasang dan di hala ke kerongkong.
Cara penggunaan ‘Throat-lite’ dengan lampu LED mini yang dipasang dan di hala ke kerongkong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia