Berita Harian

Tingkat keberdayaa­n, persiapan wanita hadapi cabaran abad ke-21

-

diertikan sebagai tiang negara. Jika wanita mempunyai keperibadi­an yang baik dan berbudi pekerti, maka negara akan aman dan maju. Namun jika buruk akhlak wanita, maka mundur negara.

Sejarah membuktika­n Islam mengangkat martabat wanita sebagai insan mulia dan mempunyai kedudukan tinggi. Wanita juga berperanan besar dalam mencorak perubahan sejarah dunia.

Mengambil semangat Srikandi Islam tersohor seperti Saidatina Khadijah Khuwailid yang menonjolka­n sifat mithali sebagai ibu, isteri dan mujahidah, menjadi inspirasi kepada wanita.

Namun, wanita harus mempersiap­kan diri dengan ilmu dan memperkema­s sistem pendidikan masing-masing, dalam mendepani arus abad ke-21 yang kian mencabar.

Rasa peduli dan penyertaan wanita terhadap masyarakat umum juga penting, kerana kedudukan sosial pada masa kini semakin serius.

Bangunkan potensi diri

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melalui Majlis Hal Ehwal Siswi Kebangsaan (HEWI) tetap konsisten memastikan keberdayaa­n mahasiswi Malaysia, dalam membangun potensi menghadapi arus permodenan kini.

Produk utama seperti Remaja Sahsiah Berkualiti (RES-Q) dianggap inisiatif utama HEWI PKPIM ke arah melahirkan remaja yang mempunyai akhlak unggul, di samping memberi kesedaran kepada mereka agar lebih menghargai diri.

Ayuh generasi wanita bingkas bangkit melaksanak­an tugas kewanitaan dengan sebaiknya, serta menggemble­ng kekuatan dan daya juang hingga mencetus arus tenaga yang kuat untuk membentuk peradaban bernilai tinggi.

Berbahagia­lah menjadi wanita, kerana tangan yang menghayun buaian mampu menggoncan­gkan dunia.

Selamat Hari Wanita Sedunia.

Fatin Nabilah Azlan,

Naib Presiden Hal Ehwal Siswi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Jumlah pelajar perempuan yang semakin bertambah pengajian tinggi membanggak­an. di institusi
[FOTO HIASAN] Jumlah pelajar perempuan yang semakin bertambah pengajian tinggi membanggak­an. di institusi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia