Berita Harian

Jokowi, Prabowo rebut sokongan bekas jeneral

-

CJakarta

alon presiden pilihan raya Indonesia, tahun ini, dilihat cuba meraih sokongan bekas pegawai kanan tentera yang dianggap amat berpengaru­h dalam pilihan raya presiden walaupun sudah tamat perkhidmat­an.

Difahamkan, kedua-dua calon presiden mendakwa mereka mempunyai sokongan lebih baik dari pegawai kanan tentera berbanding satu sama lain.

Terkini, keputusan bekas jeneral dan juga bekas komander Pasukan Khas Tentera (Kopassus), Muchdi Purwoprand­jono untuk mengisytih­arkan sokongan terhadap Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo adalah satu daripada senarai pembabitan bekas jeneral tentera dalam pakatan Presiden.

Selain itu, tiga bekas ketua tentera Indonesia termasuk Ketua Staf Presiden, Moeldoko; Menteri Penye- laras Politik, Undang-undang dan Keselamata­n, Wiranto; bekas Naib Presiden, Try Sutrisno; Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan bekas ketua unit antipengga­nas Kopassus, Luhut Pandjaitan serta Ketua Staf tentera laut, Marsetio adalah antara jeneral bersara yang setia kepada Jokowi.

Lebih banyak jawatan awam

Pada 10 Februari lalu, Jokowi dan gandingan calon naib presiden, ulama Ma’ruf Amin meraih sokongan rasmi kira-kira 1,000 pegawai tentera dengan ramai daripada mereka adalah jeneral.

Sokongan itu diisytihar­kan beberapa hari selepas Presiden bersetuju memberikan lebih banyak jawatan awam kepada anggota tentera aktif dalam institusi kerajaan.

Dalam pada itu, kem pencabar Prabowo Subianto yang juga bekas golongan elit tentera mendakwa lebih ramai bekas jeneral menyokong pengerusi Parti Gerindra terbabit.

Sokongan ratusan bekas jeneral

Jeneral terkenal menyokong beliau termasuk bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono, bekas ketua tentera Indonesia, Djoko Santoso, bekas ketua tentera laut, Tedjo Edhy Purdijatno.

Bagaimanap­un, Yudhoyono yang kini mengetuai Parti Demokratik mengambil keputusan untuk tidak terbabit dalam kempen pilihan raya untuk menjaga isterinya yang sakit.

Prabowo, bekas komander Kopassus, turut disokong beberapa ahli unit elit bersara termasuk bekas kapten Kopassus, ketika Indonesia menjajah Timor Leste pada 1975, Leftenan Jeneral Yunus Yosfiah dan bekas ketua agensi risikan strategik tentera (BAIS) Leftenan Jeneral Yayat Sudrajat.

Walaupun pasukan kempen Jokowi mendakwa puluhan bekas jeneral menyokong cubaan presiden melanjutka­n penggal pemerintah­an, pasukan Prabowo mendakwa ia mempunyai sokongan ratusan bekas jeneral.

“Ratusan jeneral bersara menyertai kami (menyokong Prabowo). Kami ada ramai jeneral bersara yang pakar dalam risikan,” kata Timbalan pengerusi Gerindra dan individu paling setia kepada Prabowo, Fadli Zon.

 ?? [ FOTO AGENSI] ??
[ FOTO AGENSI]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia