Berita Harian

Bekas ketua kempen Trump, kena penjara

Dakwaan keatas Manafort tiada kaitan dengan peranan dalam kempen Presiden AS

-

Bekas ketua kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Paul Manafort dijatuhi hukuman penjara hampir empat tahun semalam atas jenayah cukai dan penipuan perbankan.

Hukuman itu dibacakan hakim persekutua­n, TS Lewis dalam satu kes berprofil tinggi yang mula dihidu ketika siasatan membabitka­n Russia oleh Penasihat Khas, Robert Mueller.

Lewis bagaimanap­un dibidas penggubal undang-undang Demokratik yang mendakwa hukuman ke atas penasihat politik dan pelobi Republikan berusia 69 tahun itu terlalu ringan.

Pendakwa dari pejabat Peguam Khas sebelum ini menuntut hukuman penjara lebih lama ke atas Manafort, suspek pertama siasatan Mueller yang berjaya disabitkan dalam perbicaraa­n jenayah.

Ogos lalu, Manafort disabitkan ke atas lima tuduhan memfailkan pulangan cukai pendapatan palsu, dua tuduhan penipuan bank dan gagal melaporkan akaun bank asing.

Beliau adalah seorang daripada bekas rakan kongsi dan pembantu kanan Trump yang didakwa Mueller, ketika menyiasat campur tangan Russia pada pilihan raya 2016 dan mungkin berkomplot dengan kempen Trump.

Penyiasat campur tangan

Dakwaan ke atas Manafort tiada kaitan dengan peranannya dalam kempen Trump, yang diketuainy­a selama dua bulan pada 2016, tetapi berkaitan dengan kerja perundinga­n menguntung­kan untuk ahli politik Ukraine yang disokong Russia dari 2004 hingga 2014.

Manafort didakwa menggunaka­n akaun bank luar pesisir untuk menyembuny­ikan lebih daripada AS$55 juta (RM225 juta) yang diperoleh ketika berkhidmat untuk ahli politik Ukraine berkenaan.

Gaya hidup mewah

Wang itu digunakan untuk menampung gaya hidup mewah termasuk pembelian rumah mewah dan kereta, permaidani antik, pakaian berjenama mahal selain jaket kulit ular sawa berharga AS$18,500 (RM75,672).

Manafort diperintah­kan membayar AS$24 juta (RM98 juta) untuk pemulihan dan denda berjumlah AS$50,000 (RM204,430).

Manafort juga mungkin berdepan hukuman jenayah pengubahan wang haram dan kes mengganggu saksi di Washington minggu depan, membabitka­n hukuman penjara maksimum 10 tahun.

 ?? [ FOTO AFP] ?? Ilustrasi pelukis ketika hukuman dibacakan ke atas Paul Manafort.
[ FOTO AFP] Ilustrasi pelukis ketika hukuman dibacakan ke atas Paul Manafort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia