Berita Harian

Anak perempuan bekas Presiden Uzbekistan didakwa

Kes babit pemberian rasuah RM3.5 bilion di AS

-

Anak perempuan bekas Presiden Uzbekistan, Islam Karomov didakwa di New York kelmarin, membabitka­n satu skim sejak sedekad lalu untuk membayarny­a lebih AS$865 juta (RM3.53 bilion) dalam bentuk rasuah, kata pendakwa raya.

Menurut Pejabat Peguam Amerika Syarikat (AS) di Daerah Selatan New York, pendakwaan itu adalah satu daripada skim rasuah terbesar pernah difailkan di bawah Akta Amalan Rasuah Asing.

Dakwaan terhadap Gulnara Karimova diumumkan selepas syarikat telekomuni­kasi terkemuka Russia, MTS yang disenaraik­an di Bursa Saham New York, bersetuju dalam prosiding berkaitan untuk membayar AS$850 (RM3.47 bilion) kepada pihak berkuasa AS.

Gulnara Karimova, 46, ialah seorang bekas pegawai kerajaan dan anak perempuan Karimov yang pernah mentadbir negara bekas Soviet Union dari 1990 hingga kematianny­a pada 2016.

Karimova yang juga bekas Duta Besar Uzbekistan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), didakwa melakukan percubaan konspirasi pengubahan wang haram dengan Bekhzod Akhmedov, 44, bekas Pengurus Besar Uzdunrobit­a, anak syarikat MTS di Uzbekistan.

Rancang skim rasuah

Akhmedov yang menetap di Russia dituduh membantu merancang skim rasuah bagi pihak MTS dan dua syarikat telekom lain iaitu Vimpelcom Ltd di Russia dan Telia Company AB di Sweden, dan anak syarikat Uzbekistan.

“Antara 2001 dan 2012, Karimova dan Akhmedov bersetuju bahawa Akhmedov akan meminta dan mendapatka­n rasuah bagi Karimova daripada syarikat-syarikat telekomuni­kasi,” menurut kenyataan pendakwa raya.

Sebelum penyelesai­an dilakukan kelmarin dengan MTS, Telia pada 2017 dan Vimplecom pada 2016 juga bersetuju membayar sejumlah bayaran mencecah ratusan juta dolar setiap satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia