Berita Harian

Roma intai Ranieri selepas pecat pengurus

-

Milan: AS Roma memecat pengurus kelab itu, Eusebio Di Francesco semalam selepas pasukan itu tersingkir dari Liga Juara-juara susulan kekalahan di tangan Porto kelmarin dan kini nama bekas pengendali­nya, Claudio Ranieri yang dipecat Fulham dikatakan calon hangat untuk dilantik.

Roma menuju ke Porto dengan bekalan 2-1 namun tewas 3-4 menerusi agregat selepas Porto diberikan penalti pada lewat masa tambahan yang dianggap kontrovers­i selepas reviu VAR dilakukan pegawai perlawanan.

“AS Roma mengesahka­n ketua jurulatih, Eusebio Di Francesco sudah meninggalk­an kelab berkuat kuasa serta merta,” kata kelab berkenaan menerusi kenyataan semalam.

“Kelab berterima kasih kepada Eusebio atas kerjasama sepanjang bersama AS Roma dan mendoakan kejayaan beliau pada masa depan.”

Susulan pemecatan itu, satu mesyuarat tergempar diadakan di Rom membabitka­n pegawai kanan kelab untuk membincang­kan pengganti Di Francesco.

Di Francesco mengendali­kan Roma pada Jun 2017 dan beliau juga bekas pemain tengah kelab itu dan pernah membantu Roma menjulang gelaran Seria A pada 2001.

Roma kini menghuni tangga kelima Serie A, tiga mata terpisah daripada layak ke Liga Juara-juara musim depan selepas kalah 3-0 di tangan Lazio minggu lalu.

Ranieri, yang diingati sebagai pengurus yang menjulang Leicester City sebagai juara Liga Perdana Inggeris pada the 2016 pernah mengendali­kan Roma mulai September 2009 hingga Februari 2011.

AS Roma mengesahka­n ketua jurulatih, Eusebio Di Francesco sudah meninggalk­an kelab berkuat kuasa serta merta. Kelab berterima kasih kepada Eusebio atas kerjasama sepanjang bersama AS Roma dan mendoakan kejayaan beliau pada masa depan”

Kenyataan Kelab AS Roma

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia