Berita Harian

The Gunners tekad bangkit

Pertemuan menentang United pada aksi EPL diharap ubati kecewa dibenam Rennes

-

Pengurus Arsenal, Unai Emery yakin pasukannya akan bangkit selepas kekalahan 1-3 kepada kelab Rennes dalam saingan peringkat 16 terbaik Liga Europa kelmarin dan bingkas membuat persiapan bertemu Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris esok.

The Gunners beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Sokratis Papastatho­poulos dibuang padang pada lewat babak pertama apabila kelab itu mensiasiak­an gol awal.

Alex Iwobi memberikan gol awal buat kelab itu tetapi Rennes menggunaka­n kelebihan pemain mereka untuk bangkit dan mendahului selesa dengan kelebihan dua jaringan.

Keputusan itu bermakna Arsenal perlu berusaha lebih keras jika mahu meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir, dengan perlawanan timbal balik menentang kelab Ligue 1 itu akan diadakan Khamis depan.

Perlukan perubahan

“Pada 40 minit pertama saya rasa kami mengawal perlawanan, kami jaringkan gol dan kami tidak memberikan peluang buat mereka menjaringk­an gol,” kata Emery yang menerima hakikat pasukannya bermain dengan baik selepas seorang pemainnya dibuang padang.

Benjamin Bourigeaud dan Ismaila Sarr menjaringk­an gol buat Rennes selain gol sendiri oleh Nacho Monreal. “Kami perlukan perubahan dalam persembaha­n kami dan saya yakin kami boleh bangkit pada aksi kedua dengan kehadiran penyokong untuk membantu kami.”

Arsenal akan bertemu United tengah malam esok waktu Malaysia dalam perlawanan besar antara dua pasukan yang bertarung untuk menduduki empat tempat teratas EPL.

“Kami akan cuba mencari pemain yang cergas dan mempunyai tenaga berbeza bagi setiap perlawanan dan bagi Ahad ini saya rasakan ia perkara yang sama,” kata Emery, yang pasukannya kini berada di kedudukan kelima liga, satu mata di belakang United yang kini berada di kedudukan keempat.

 ??  ?? Penyerang Rennes, Ismaila Sarr (kiri) menanduk masuk gol ketiga mereka ketika pusingan keempat Liga Europa menentang Arsenal di Stadium Roazhon Park di Rennes, kelmarin.
Penyerang Rennes, Ismaila Sarr (kiri) menanduk masuk gol ketiga mereka ketika pusingan keempat Liga Europa menentang Arsenal di Stadium Roazhon Park di Rennes, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia