Berita Harian

Chelsea mudah atasi Dynamo Kiev

-

London: Chelsea mendominas­i Dynamo Kiev bagi menguasai perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Europa menerusi jaringan Pedro Rodriguez, Willian dan Callum Hudson-odoi yang membantu kemenangan 3-0 tuan rumah di Stamford Bridge, kelmarin.

Kelab London itu mungkin perlu memenangi pertanding­an itu bagi memastikan mereka kembali ke Liga Juara-juara musim depan, apabila mereka kini menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menepati status sebagai pasukan pilihan menentang kelab Ukraine.

Pedro menyumbat masuk tolakan tumit Olivier Giroud untuk membuka jaringan pada minit ke-17 dengan penjaga gol, Denys Boyko beraksi cemerlang menyelamat­kan Kiev daripada dibolosi lebih banyak gol sebelum rehat.

Bagaimanap­un, sepakan percuma Willian pada minit ke-65 dan gol pemain gantian, HudsonOdoi pada minit terakhir jelas menggambar­kan dominasi tuan rumah.

“Kami mungkin boleh menjaringk­an lebih banyak gol terutama pada babak pertama, tetapi keputusan ini bagus,” kata pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.

“Kami berjaya mengelak dibolosi gol di laman sendiri, sesuatu yang amat penting dalam pertanding­an ini. Kami perlu pergi ke sana dengan tahap tumpuan yang bagus dan strategi terbaik jika mahu terus melayakkan diri.”

Kemenangan ketiga berturuttu­rut mengekalka­n momentum Chelsea dan sesuatu yang amat diperlukan Sarri, yang sebelum ini di ambang pemecatan hanya beberapa minggu lalu. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia