Berita Harian

Gerrard masih dihantui kegagalan

-

London: Steven Gerrard berkata kekecewaan yang mengakhiri harapan merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 201314 masih menghantui­nya dan kedukaan itu tidak akan padam biarpun pasukan Juergen Klopp itu merangkul trofi pada tahun ini.

Bekas kapten Liverpool itu gagal menyekat lawan lima tahun lalu dengan membenarka­n Demba Ba menjaringk­an gol buat Chelsea bagi menewaskan Liverpool 2-0 sekali gus memberikan Manchester City peluang muncul juara liga.

Luka tidak sembuh

Liverpool kini memperoleh 70 mata dengan ketinggala­n satu mata di belakang City yang mendahului liga pada musim ini dan Gerrard berharap kelab lamanya itu akan bertahan dalam misi mengakhiri kemarau 29 tahun merangkul gelaran Liga Perdana buat penyokong mereka.

“Luka ini terbuka sejak saya mengalamin­ya. Saya tak pasti sama ada ia hampir sama kerana saya tidak dapat mengubah pengalaman yang saya lalui,” kata Gerrard yang meninggalk­an Liverpool pada tahun 2015 selepas 17 tahun di kelab Merseyside itu.

“Ia tidak akan mengubah bagaimana saya rasa (mengenai Liverpool) buat masa ini. Saya masih melihat kepada pemain, ada yang masih menjadi kawan saya.

“Saya cuma berharap bagi pihak mereka dan saya sebagai seorang penyokong, yang kejohanan ini akan berakhir dengan kejayaan. Tetapi ia tidak menyebabka­n luka saya sembuh.”

Gerrard memuji usaha yang dilakukan Klopp bagi menjadikan Liverpool seperti yang dilihat hari ini dan berkata pasukan itu tetap berbangga biarpun tewas kepada juara bertahan, City. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia