Berita Harian

Guardiola pening ramai cedera

City harap kemenangan ke atas Watford dorong saingi Liverpool

-

Manchester City berharap pertemuan dengan Watford awal pagi esok waktu Malaysia akan memberikan dorongan buat mereka dalam menyaingi Liverpool dalam mempertaha­nkan gelaran Liga Perdana Perdana (EPL) musim ini.

Pengurus City, Pep Guardiola menyaksika­n kemerosota­n pasukannya dalam jentera serangan kebelakang­an ini meskipun berjaya mengatasi skuad The Reds dan kembali ke kedudukan teratas liga.

Tiga perlawanan City menyaksika­n mereka hanya menjaringk­an dua gol termasuk keputusan tanpa jaringan di final Piala Liga bertemu Chelsea sedangkan mereka menewaskan kelab itu 6-0 dua minggu sebelumnya.

Guardiola juga berdepan dengan senarai kecederaan pemainnya yang semakin bertambah termasuk Kevin De Bruyne selepas kejayaan minggu lalu di Bournemout­h.

Tambah kekecewaan

Pemain tengah Belgium itu mengalami kecederaan hamstring pada awal babak kedua dan Guardiola kemudian mengesahka­n beliau terpaksa diketepika­n untuk beberapa perlawanan.

Kecederaan De Bruyne itu menambah kekecewaan­nya yang beaksi penuh dalam 36 daripada 38 perlawanan liga pada musim lalu.

Dengan jadual City yang semakin padat apabila mereka bertanding dalam perebutan empat trofi, kecederaan De Bruyne bersma pemain lain seperti Fernandinh­o dan Aymeric Laporte pasti memberi kesan ke atas kempen mereka musim ini.

“Kadang kala saya rasa bagus, kadang kala saya rasa sedikit teruk, saya perlukan lebih lama untuk pulih,” kata De Bruyne.

“Saya memang mahu untuk menjadi lebih baik. Tetapi ada masanya badan saya sperti mengatakan ‘tidak’ dan saya perlu menerimany­a.” AFP

 ??  ?? Guardiola berdepan dengan senarai kecederaan pemainnya yang semakin bertambah.
Guardiola berdepan dengan senarai kecederaan pemainnya yang semakin bertambah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia