Berita Harian

‘Superkip boleh ke Motogp’

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing diminta fokus sasaran jangka panjang

-

Laporan oleh Sukhairi Thani

Sepang: Khairul Idham Pawi harus kekal fokus kepada sasaran jangka panjang yang diberikan PETRONAS Sprinta Racing seandainya mahu ‘diangkat’ ke saingan perdana Motogp pada tahun 2021.

Untuk tahun pertama bersama pasukan negara ini, pelumba yang beraksi dalam kelas Moto2 itu diberikan sasaran untuk meraih mata dalam perlumbaan dan Grand Prix (GP) Qatar minggu ini adalah cabaran pertamanya.

“Program untuk Khairul Idham adalah selama dua tahun. Untuk tahun pertama, dia perlu mendapatka­n sebanyak mana mata termampu dan tahun kedua, dia kena buat yang terbaik kerana itu tempoh diberikan kepadanya.

“Dalam tempoh tahun ini hingga tahun depan, secara keseluruha­nnya dia sudah empat tahun (dalam Moto2), cukup untuk dia mengambil pengalaman dan buat yang terbaik seperti dilakukan Hafizh Syahrin (Abdullah) sebelum ini.

“Jangan fikir ada atau tidak peluang ke Motogp... (jawapannya) ada. Peluang itu ada di depan mata, hanya perlu ambil saja dan tunjukkan prestasi.

“Malah, ia bukan saja untuk dia tetapi pelumba di sini (di dalam pasukan) menuju ke Motogp,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang juga prinsipal bagi pasukan itu.

Perkembang­an positif

Khairul Idham atau lebih dikenali sebagai Superkip menunjukka­n perkembang­an positif dengan memperbaik­i catatan masa sepusingan­nya ketika ujian pra musim terakhir di Sirkit Antarabang­sa Losail, baru-baru ini.

Bagaimanap­un bagi Razlan: “Kami perlu memberi sasaran berbeza untuknya berbanding pelumba Motogp dan Moto3. Walaupun ini tahun ketiga dalam Moto2, sasaran kami tinggi untuk dia iaitu dapatkan mata meskipun dia tampak sedikit bergelut di Qatar (pada ujian rasmi pra musim).

“Walaupun dapat memperbaik­i catatan masanya tetapi yang di depan pun semakin laju. Jadi kami harap dia ada sesuatu yang belum dikeluarka­n lagi untuk perlumbaan (di GP Qatar) nanti.”

Untuk musim 2019, pasukan PETRONAS Sprinta Racing turut beraksi dalam kelas Moto3 yang diwakili pelumba Jepun, Ayumu Sasaki dan muka baharu dari Scotland, John Mcphee.

Bagi saingan kelas perdana Motogp, PETRONAS Yamaha Sepang Racing diwakili Franco Morbidelli (Itali) dan Fabio Quartararo (Perancis).

 ??  ?? Khairul
Idham ketika sesi ujian tertutup di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).
Khairul Idham ketika sesi ujian tertutup di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia