Berita Harian

Adam mahu balas jasa kru ‘tak tidur malam’

-

Sepang: Adam Norrodin ingin membalas jasa pasukan SIC Junior ZK Racing yang baginya ‘tak tidur malam’ bagi mengharung­i pusingan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) 2019, di sini, minggu ini.

Semalam, bekas pelumba Moto3 negara itu mencatat keputusan kedua terpantas untuk sesi keseluruha­n latihan bebas Supersport­s 600cc yang berlangsun­g di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) dengan catatan terbaiknya, 2 minit 10.934 saat di belakang Peerapong Boonlert (2:10.610s).

“Syukur, progres daripada hari ujian pramusim sehingga hari ini sangat positif,” kata Adam. “Setiap kali saya keluar (ke trek), saya memperbaik­i catatan masa sepusingan.

“Walaupun menggunaka­n tayar lama, saya tetap dapat mengekalka­n rentak kelajuan. Terima kasih kepada mekanik, ketua kru dan semuanya yang banyak membantu minggu ini.

“Saya rasa, hampir setiap hari mereka tidak tidur dan saya rasa untuk minggu ini saya nak buat yang terbaik untuk mereka kerana usaha yang diberikan mereka minggu ini.

“(catatan masa) saya tidak Wahyu Nugroho jauh daripada pelumba lain tetapi saya jangkakan perlumbaan minggu ini akan menjadi sengit.”

Mencatat keputusan ketiga terpantas keseluruha­n semalam adalah pelumba ONEXOX TKKT SAG Racing, Ramdan Rosli 2:11.027s manakala Azroy Hakeem Anuar (Musashi Boon Siew HONDA Racing) keempat dengan catatan, 2:11.168s.

 ??  ?? Ahmad Fazli
Ahmad Fazli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia