Berita Harian

Shah Alam jadi tuan rumah

Kejohanan berlangsun­g pada 24 Ogos, guna format sama

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Saingan Piala Sultan Selangor kembali lagi dan bagi edisi ke-18 tahun ini, ia bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 24 Ogos, kata Pengerusi Penganjur, Tan Sri Abd Karim Munisar.

Beliau berkata, tarikh berkenaan dipilih atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah selain mahu kejohanan berprestij itu yang membabitka­n pasukan Pilihan Singapura diadakan di gelanggang berkenaan.

Katanya, tahun ini Selangor bersemanga­t untuk mengekalka­n tiga piala yang dimenangi sebelum ini iaitu Piala Sultan Selangor, Piala Veteran dan Piala Cabaran Sekolah Singapura-selangor Bawah 16 Tahun.

Tahun lalu, skuad Pilihan Selangor menjulang trofi berprestij Piala Sultan Selangor selepas kali terakhir memenangin­ya pada 2014. Pilihan Singapura menjuarai piala ini sebanyak tujuh kali berturuttu­rut.

“Tuanku Sultan Selangor berkenan memilih tarikh kejohanan pada 24 Ogos dan mahu ia diadakan sekali lagi di Stadium Shah Alam manakala tahun hadapan (2020) Singapura pula akan menjadi tuan rumah.

“Tahun ini Piala Sultan Selangor akan membawa format sama. Cuma bezanya Piala Cabaran Sekolah Singapura-selangor Bawah 16 Tahun akan membabitka­n pemain bawah 15 tahun kerana pemain bawah 16 tahun Singapura terbabit dengan peperiksaa­n pada hari kejohanan,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama bersama delegasi Singapura di sini, semalam.

Delegasi Singapura diketuai oleh Teo Hock Seng.

Abd Karim berkata, bagi edisi ke-18 tahun ini, perlawanan akan bermula dengan aksi Veteran Selangor menentang Veteran Singapura pada jam 8 malam, diikuti perlawanan utama sejam selepas itu.

Katanya, perlawanan membabitka­n aksi Piala Cabaran Sekolah-sekolah diadakan jam 5 petang.

“Kita sekali lagi akan mewujudkan suasana perlawanan ini seperti karnival dengan pelbagai acara dianjurkan istimewa untuk peminat Piala Sultan Selangor termasuk cabutan bertuah dengan hadiah menarik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia