Berita Harian

FELDA yakin jinak PKNS

-

Kuantan: Biarpun PKNS FC dilihat memiliki kelebihan, FELDA United FC tetap percaya mampu mencatat keputusan positif apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kelebihan yang dimiliki skuad bimbingan Datuk K Rajagobal itu tidak menghalang The Fighters daripada mengutip mata sekali gus memantapka­n kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini.

Justeru, kapten pasukan, Hadin Azman berharap rakan sepasukan dapat mempamer persembaha­n cemerlang dan komited untuk menghalang tuan rumah daripada mengutip tiga mata.

“Saya harap percaturan jurulatih (Mohd Nidzam Jamil) menjadi untuk memastikan kami tidak keciciran mata kerana PKNS diakui sebuah pasukan yang bagus. Kami perlu bekerja keras dan tidak melakukan banyak kesilapan bagi menyekat lawan yang dilihat memiliki kelebihan apabila beraksi di tempat sendiri.

“Namun, dengan keputusan positif yang diraih dalam lima perlawanan lalu termasuk mencatat kemenangan pertama ketika menewaskan PJ City FC minggu lalu, ia menyuntik semangat kami untuk beraksi dengan lebih baik terutama meraih mata di tempat lawan,” katanya.

Ditanya kekuatan PKNS, Hadin yang juga bekas pemain Harimau Muda B berkata, lawannya yang memiliki barisan pemain berpengala­man dan jentera serangan perlu disekat dan kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

Katanya, selepas meletakkan The Fighters di tangga ketujuh, tiada yang mustahil untuk memastikan skuad itu terus memacu kedudukan lebih baik.

“Saya juga mengharapk­an mampu untuk menjaringk­an gol dan begitu juga rakan lain,” kata pemain berumur 25 tahun itu.

 ??  ?? Igor Zonjic, Pertahanan TFC
Igor Zonjic, Pertahanan TFC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia