Berita Harian

JDT harap sentuhan Leandro

Figueroa yakin import dari Argentina mampu buat PKNP gigit jari seperti Selangor

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mengharapk­an sentuhan penyudah tajam mampu diulangi bintang importnya, Velazquez Leandro pada pertemuan menentang PKNP FC di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, malam ini.

Pada pertemuan dengan Selangor sebelum ini, pemain kelahiran Buenos Aires, Argentina itu meledak dua gol untuk memastikan kemenangan 4-2 dan kejayaan ke atas PKNP ini cukup penting untuk mengekalka­n kedudukan selaku pendahulu Liga Super.

Pengurus JDT, Luciano Figueroa berkata Leandro seorang pemain yang memiliki kemampuan untuk menghadirk­an sesuatu kepada pasukan dan pastinya mahu prestasi hebatnya akan berterusan.

Sentiasa berusaha

“Pemain sudah melakukan tugas dengan baik tetapi saya sentiasa ingatkan mereka supaya perlu sentiasa berusaha dan memperbaik­i segala kelemahan. Dia (Leandro) seorang pemain yang hebat dan cukup penting buat kami. Dia memiliki teknik dan memiliki karakter yang hebat untuk bantu pasukan raih kejayaan,” katanya.

Dalam lima perlawanan awal yang diharungi, skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora jelas menepati jangkaan peminat, hasil empat kemenangan dan sekali seri untuk mengumpul 13 mata.

Hakikatnya, jentera serangan JDT tidak hanya tertumpu kepada Leandro sebaliknya pertahanan lawan perlu sentiasa peka kerana tuan rumah turut di barisan pemain ternama lain antaranya Diogo Luis Santo, Gonzalo Cabrera malah Safawi Rasid juga turut memiliki kemampuan untuk cipta nama selaku penjaring.

“Saya tidak peduli apa orang mahu bercakap mengenai JDT dan paling penting kita akan terus bermain bola sepak. Pastinya kami mahu sentiasa tampil hebat dan baiki kelemahan terdahulu,” katanya.

Sementara itu, pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim mengingatk­an anak buahnya supaya tidak membiarkan mereka menjadi ‘lauk’ kepada JDT.

Dalam masa sama, beliau juga menggesa pemain importnya supaya tampil main peranan lebih besar dalam pasukan, seiring dengan nilai yang sudah dibelanjak­an untuk mendapatka­n khidmat mereka.

“Setiap pasukan mengambil pemain import untuk berikan sumbangan terbaik kepada pasukan. Kami juga perlukan pemain import yang lebih berpengaru­h,” katanya. Pengurus JDT

 ??  ?? Velazquez Leandro
Velazquez Leandro
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia