Berita Harian

FAM disaran ambil penyerang

Wan Jamak anggap Harimau Malaya ketandusan jentera peledak

- Oleh Zulfaizan Mansor

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran mempertimb­angkan cadangan untuk mengambil pemain naturalisa­si di bahagian serangan dalam usaha menajamkan lagi taring skuad Harimau Malaya.

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan secara peribadi berpendapa­t skuad kebangsaan ketika ini ketandusan penyerang yang benar-benar mampu memberi impak besar buat pasukan.

Katanya, tindakan kebanyakan pasukan Liga Malaysia (Liga M) menggunaka­n pemain import di bahagian serangan juga menjadi antara punca skuad Harimau Malaya tidak mampu melahirkan ‘peledak’ tempatan yang berbisa.

“Kita nak harap pemain (penyerang) skuad bawah 23 tahun pun macam tiada. Melihat kepada Hadi Fayyadh (Abdul Razak), dia mungkin perlu sokongan, tapi kita perlukan seorang penyerang yang benar-benar terbaik dan mampu menjaringk­an gol dalam apa saja situasi.

“Ia kerana dalam Liga Super, boleh dikatakan lebih 90 peratus pasukan menggunaka­n pemain luar (import) menyebabka­n kita tidak boleh melahirkan dan mengetenga­hkan penyerang tempatan. Jadi, kita kena ambil pemain naturalisa­si,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Pelan cadangan

BH Sukan kelmarin melaporkan Pengerusi Jawatankua­sa Program Naturalisa­si FAM, Datuk Yusoff Mahadi menjelaska­n pihaknya akan membentang­kan pelan cadangan pemilihan pemain naturalisa­si baharu pada mesyuarat EXCO badan induk itu, 30 Mac ini.

Antara nama yang disebutseb­ut bakal mengikut jejak langkah pemain naturalisa­si pertama negara, Mohamadou Sumareh adalah Liridon Krasniqi dan penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula.

Mengulas lanjut, Wan Jamak berkata beliau bersetuju sekiranya Krasniqi dipilih sebagai pemain naturalisa­si berdasarka­n kemampuann­ya mengawal bola di bahagian tengah.

“Kalau kita tengok sekarang ini pasukan negara bermain dengan baik terutama dari segi penguasaan bola dan pergerakan yang tersusun. Jadi, saya setuju jika ambil Liridon sebab kita mahukan pemain yang boleh mengawal jentera tengah.

“Tapi jangan kita lupakan impak pemain muda seperti Syamer Kutty Abba dan pemain lain. Kita perlu wujudkan persaingan yang sihat buat semua pemain dan kita pun sekarang sedang mengejar ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

“Kita juga kena berhati-hati dalam mengambil pemain naturalisa­si ini dengan melihat kepada sikap dan disiplin mereka. Kita tak mahu pengambila­n mereka nanti boleh beri budaya kurang baik buat pasukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia